Masakan pau hangus dihina, wanita buat laporan polis

Media sosial, 23 April: Seorang wanita membuat laporan polis berhubung hantaran beliau mengenai masakan pau hangusnya di group MASAK APA TAK JADI HARI NI OFFICIAL yang didakwa menerima komen yang tiada kena mengena dengan masakannya.

Menurut salinan laporan yang dinaikkan di akaun facebooknya, laporan polis dilakukan di balai polis Pasir Puteh, Ipoh.

“Ada 2 pemilik akaun nama J*** dan L** R*** telah mengh1na masakan saya. Mereka seolah-olah tidak puas hati dan komen yang bukan bukan tentang masakan saya. Siap ada gambar bab1 dan sebagainya. Komen mereka seperti tidak puas hati dengan masakan saya.”

Berikut merupakan beberapa komen netizen yang disertakan wanita tersebut yang didakwa mengandungi kata-kata kes@t dan hin@an terhadap beliau.

“Dah macam pau kau kena ramas ramai-ramai. Deje.”

“Try hard nak jadi bod0. Bat@k like.”

“… Ni nampak tua. Tak lawa. Dah lanjut menggelebeh. ..”

“Bab1 aku kukus jagung letak dalam bekas plastik tak hangus la makcik”

“Try hard sangat nak tunjuk bod0h dia. Takut kena kecam jangan post apa-apa langsung la ng0k.

“(gambar bab1) Dengan emoji ni pun takut ke? Har@m j@dah betul”

“14 tahun pengamalam menge’pau’, first time rentung sebab layan FB ke sebab sengaja supaya ada bahan nak post kat FB? Try hard sangat”

“Kahhhh3. Macik ni memang suka tempek cerita2 orang kat wall dia lapar perhatian la dia..”

“..Biar la .. tu tak pe. dia tak puas hati dengan seller jual masakan magi ketam takpe… janji jangan kutuk pau dia hitam”

“Ketiak hitam tak per jangan pau hitam”

“Betul ke S**** ketiak hitam? Saja tanya”

Tambah wanita itu lagi, tujuan beliau memasukkan gambar pau hangus itu adalah sekadar untuk berkongsi dan bukannya untuk menerima hinaan.

Beliau juga menuntut mereka yang membuat komen itu memohon maaf secara terbuka.

Buletin TTKM mendapati hantaran beliau di group MASAK APA TAK JADI HARI NI OFFICIAL itu dinaikkan pada 21 April lepas. Ruang komen pada hantaran tersebut kini telah ditutup oleh admin group tersebut.

Sementara itu pada jam lebih kurang 1 pagi 23 april 2020, hantaran wanita itu yang menaikkan salinan laporan polis beliau tidak dapat diakses dipercayai dipadamkan setelah menerima ribuan komen yang rata-ratanya tidak bersetuju dengan tindakannya membuat laporan polis berhubung isu tersebut.

Group MASAK APA TAK JADI HARI NI OFFICIAL dimulakan minggu lepas dan mendapat sambutan dari warganet dan sehingga kini mencatat 1.3 juta ahli di mana ahlinya berkongsikan hantaran masakan yang tidak menjadi. -Buletin TTKM-



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik: