May 9, 2021

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

Potong gaji penjawat awam pandangan peribadi saya – Boss Mydin

Oleh : Ameer Ali Mydin

Merujuk kepada kenyataan saya di portal FMT pada hari ini, saya ingin menjelaskan bahawa ianya melihat kepada situasi semasa dan ia merupakan pandangan peribadi dan cadangan yang dibuat atas dasar seorang usahawan dan pemerhati ekonomi melihatkan ekonomi Malaysia yang semakin meruncing.

Yang dimaksudkan dengan gaji atas 3 ribu adalah hanya contoh cadangan kepada kerajaan agar penjimatan dpt dilakukan dan ia sudah dilakukan oleh menteri- menteri termasuk PM kita sendiri. Tidaklah bermaksud utk campur tangan dalam urusan kerajaan sama sekali namun ia sekadar cadangan dan menggunakan pengalaman MYDIN sendiri yang sudah melakukan pemotongan gaji termasuk gaji saya sendiri 100%.

Saya amat memahami kepayahan golongan B40 & M40. Jika kerajaan boleh berjimat bermakna lebih byk bantuan seperti Bantuan Prihatin Nasional dapat disalurkan kepada golongan sasaran. Berat Sama Dipikul, Ringan sama Dijinjing.

MYDIN tidak pernah berhenti menyokong peranan dan kesungguhan semua penjawat awam dalam memastikan urusan pentadbiran negara lancar terutamanya frontliners
dan langkah utk bersama-sama dengan kerajaan dalam episod sukar ini.

Kita Jaga Kita.

Ameer Ali Mydin

RSS
Follow by Email
%d bloggers like this: