July 29, 2021

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

Ingkar PKP: Timbalan Menteri Kesihatan, EXCO Perak dituduh di mahkamah esok

IPOH: Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali dan EXCO Perak, Razman Zakaria akan didakwa di mahkamah esok atas kesalahan mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Berita Harian melaporkan kedua-dua mereka dijangka dituduh di Mahkamah Majistret Gerik kira-kira jam 9 pagi.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain ketika dihubungi, hari inii

“Esok pagi boleh pergi ke Mahkamah Majistret Gerik,” – Datuk Razarudin Husain

Pada 18 April lepas, beberapa gambar Dr Noor Azmi dan Razman menghadiri jamuan di sebuah Maahad Tahfiz di Lenggong ketika PKP berkuat kuasa tular di media sosial.

Tindakan mereka berdua itu mengundang kecaman orang ramai yang meminta pihak berkuasa supaya tidak mengamalkan double standard dalam mengambil tindakan terhadap sesiapa yang mengingkari PKP.

Ini berikutan banyak kes orang awam yang mengingkari PKP telah pun didakwa di mahkamah dan dijatuhkan hukuman denda atau penjara atau kedua-duanya sekali.

Berikutan itu, Razman mengeluarkan kenyataan memohon maaf di atas tindakan mereka selain mengakui kesilapan yang dilakukan yang kemudian disusuli Dr Noor Azmi. – Buletin TTKM –

RSS
Follow by Email
%d bloggers like this: