Ingkar PKP: Dr Noor Azmi dan Razman mengaku bersalah, didenda RM1000.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil Perak Razman Zakaria serta 13 individu lain  dijatuhi hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret di Gerik hari ini kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan menghadiri satu jamuan dua minggu lepas.

Majistret Norhidayati Mohammad Nasroh menjatuhkan hukuman itu selepas mereka mengaku bersalah terhadap pertuduhan masing-masing yang dibacakan secara serentak oleh jurubahasa mahkamah.

Noor Azmi and Razman menziarahi  pusat tahfiz di Kampung Luat Lenggong untuk mengerjaka solat Asar, yang selepas itu duduk beramai-ramai untuk menikmati hidangan makanan.

Gambar aktiviti itu dinaikkan di laman facebook Noor Azmi yang kemudiannya dipadamkan setelah mendapat kecaman warga net.

649255.jpg

Ketika diminta mengulas mengenai hukuman yang dikenakan Noor Azmi mengulangi permohonan maaf.

“Saya dengan rendah hati memohon maaf dengan ikhlas dan berterima kasih kepada mereka yang menyokong saya. Saya akan mematuhi undang-undang dan bidang kuasa negara. Saya akan bekerja lebih baik untuk memberikan yang terbaik untuk kesihatan semua rakyat Malaysia” – Dr Noor Azmi

Kesemua mereka membayar denda itu. -Buletin TTKM-

Author: Buletin TTKM

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.