Sekiranya bersifat politik, pertuduhan tidak seharusnya berlaku – Fuziah Salleh

Kuantan 28 April : Ahli parlimen Kuantan PKR, YB Fuziah Salleh mengesahkan menerima satu surat notis saman daripada Mahkamah Majistret Johor Bharu bertujuan memaklumkan beliau untuk hadir di Mahkamah tersebut pada hari rabu, 29 April 2020 pada jam 8 pagi.

Menerusi satu kenyataan beliau berkata notis itu adalah berkenaan dua akta iaitu Kanun Keseksaan seksyen 505(b) iaitu kenyataan-kenyataan yang mendatangkan khianat awam dan akta SKMM seksyen 249 berhubung capaian berkenaan data berkomputer.

Fuziah turut berkata beliau amat amat kesal dan pertuduhan tersebut tidak seharusnya berlaku sekiranya ia bersifat politik.

“Saya akan terus pertahankan kebenaran dan hak saya serta pasti yang hak itu akan terserlah jua” – Fuziah.

Pada beberapa minggu lepas, laman facebook Fuziah Salleh menaikkan satu video mendakwa berlaku keadaan di luar kawalan di Kompleks Imigresen, Kastam Dan Kuarantin (ICQ), Johor Bahru susulan kepulangan warga Malaysia dari Singapura.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.