June 20, 2021

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

Sah: ‘Long Tiger’ ditangkap, Azam Aziz dilantik sebagai peguam

Johor Bharu, 29 April : Abdul Hamim bin Ab Hamid atau lebih dikenali sebagai Long Tiger telah disahkan ditahan reman.

Perkara ini disahkan oleh KETUA Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay petang tadi.

“Benar, setakat ini saya mengesahkan tangkapan suspek itu“- Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut dan dijangka melakukan satu sidang media berkaitan penangkapan itu, esok menurut laporan Harian Metro.

Sementara itu, Azam Aziz di laman facebooknya sebentar tadi mengesahkan telah dilantik oleh isteri Long Tiger untuk mewakili suaminya.

“Firma guaman kami telah dilantik mewakili Abdul Hamim B. Abdul Hamid aka Long Tiger. Waran lantikan Peguamcara di sempurnakan isteri beliau jam 3.30 petang tadi dan lantikan ini adalah Tertakluk kepada beberapa syarat dan peraturan ketat yang di kenakan oleh firma guaman kami. Kami sedang berhubung dengan Pegawai Penyiasat di IPD Muar untuk maklumat lanjut berkaitan penahanan reman anak guam kami.”

Tambah kenyataan itu, mereka masih belum menerima apa-apa maklumat berkaitan sudut siasatan polis dan juga masih belum berpeluang untuk berunding dengan Long Tiger.

“Kami akan memaklumkan perkembangan kes ini dari masa ke semasa kerana ianya telah mendapat liputan dan pemerhatian masyarakat Awam sejak beberapa hari lalu.

Kami juga mengharapkan agar kesemua pihak dapat bertenang dan agar kes ini dapat di selesaikan mengikut proses undang2 tanpa campurtangan tak wajar dari mana2 pihak yang berada di luar sistem perundangan Negara.

Sesiapa jua adalah belum bersalah selagi belum di putuskan sebagai bersalah oleh Mahkamah.”

Warganet mendakwa Long Tiger bukan seorang warga negara Malaysia kerana kedua ibu bapa Long Tiger adalah pelarian Rohingya dari Myanmar.

Tidak cukup dengan itu, satu salinan laporan polis oleh seorang wanita yang mendakwa menjadi mangsa rogol turut ditularkan oleh seorang pengguna facebook bernama Tok Singa.

Berikutan itu, rakan Long Tiger, Botak Bon kemudian melakukan siaran langsung menunjukkan laporan polis balas yang didakwa dibuat Long Tiger. Dalam laporan polis itu, Botak Bon menunjukkan bahagian warganegara yang mendakwa Long Tiger adalah warganegara Malaysia.

Warga net kemudian mendedahkan dokumen peribadi Long Tiger berupa kad pengenalan sementara, sijil beranak, sijil kursus nikah, serta penyata saman yang menunjukkan Long Tiger merupakan Permastautin Sementara manakala kedua ibu bapanya memegang kad UNHCR.

Hasil carian Buletin TTKM di laman facebook JPN mendapati status dokumen pengenalan beliau adalah “permohonan sedang diproses”.

94400044_2764401747123436_8643459187407323136_o

Manakala semakan di SPR mendapati beliau tidak pernah berdaftar sebagai pengundi.

Semalam, beberapa individu kemudian didakwa menerjah ke rumah Long Tiger untuk bersemuka dengan beliau untuk mengetahui hal sebenar , walau bagaimanapun beliau didapati tiada di rumah.

Sejak pagi tadi, satu video mendakwa Long Tiger ditahan reman tular di media sosial. Dalam video itu, beliau kelihatan berkepala botak dan tangannya digari.

Sebelum ini, Long Tiger sering melakukan siaran langsung di laman facebooknya mengulas hal-hal isu semasa dan politik yang sering mendapat sambutan.

Laman facebooknya itu mempunyai lebih 100k pengikut, tetapi kini didapati dinyahaktif sejak malam tadi setelah dokumen peribadi beliau ditularkan warga net. – Buletin TTKM-

RSS
Follow by Email
%d bloggers like this: