Kuala Lumpur, 30 April: Kedah menjadi negeri terkini yang tidak mencatat sebarang kes covid-19, selain Kelantan dan Perlis, dimana zon hijau (tiada sebarang kes aktif covid-19) meningkat kepada 88 daerah.
Dua lagi negeri yang menghampiri zon hijau adalah Pulau Pinang yang hanya mencatat 4 kes aktif dan Perak dengan dua kes aktif.
Berdasarkan statistik terkini KKM yang dikongsikan di laman telegram MKN, setakat 12pm semalam (29 April), jumlah zon hijau bertambah kepada 88 dari 85 semalam, manakala zon merah kekal pada 12 zon.
Walaubagaimanapun, terdapat sedikit perselisihan berhubung zon merah kerana Kuantan dan Petaling masing-masing kini mencatat 37 kes aktif sepatutnya adalah zon kuning tetapi dicatat zon merah dalam statistik KKM tersebut.
Untuk rekod, sebarang kes mencatat 41 kes keatas adalah zon merah, 1-40 kes adalah zon kuning manakala tiada kes adalah zon hijau.
Oleh itu, 10 daerah yang kini sah zon merah adalah:
- Lembah Pantai (293 kes aktif)
- Kuching (165 kes)
- Kepong (94 kes)
- Kluang (84)
- Hulu Langat (66),
- Kota Samarahan (64),
- Titiwangsa (62),
- Seremban (57),
- Johor Baru (48)
- Melaka Tengah (48).
Setakat ini, jumlah kes aktif adalah 1,758 dari jumlah keseluruhan adalah 5,945 kes.
Dengan peningkatan kes pulih daripada #COVID19, ini menjadikan jumlah aktif makin menurun sepanjang PKP Fasa 3 sekali gus berjaya meratakan lengkung (flattening of the curve) dan negara kini memasuki fasa pemulihan.
Kemat1an pula sehingga semalam adalah 100 orang.
Semalam Malaysia mencatat 94 kes baharu di mana 72 adalah kes import iaitu pelajar Malaysia yang dibawa pulang dari Indonesia. Manakala selebihnya iaitu 22 lagi adalah kes jangkitan tempatan, terendah sejak PKP diperkenalkan.
PKP kini adalah pada fasa 4, di mana kerajaan melonggarkan sedikit peraturan pergerakan di mana dua orang ahli keluarga kini dibenarkan untuk keluar dalam satu kereta dengan syarat mereka menetap di rumah yang sama.
Menurut satu info grafik yang dikeluarkan oleh MKN, pergerakan yang dibenarkan adalah untuk:
- Memberi barangan keperluan harian
- Mendapatkan rrawatan kesihatan
- Melaksanakan tugasan rasmi.
- Tugas berkaitan perkhidmatan perlu (essential services)
- Pekerjaan bagi infrastruktur.
- Kebenaran bertulis dari PDRM.
Manakala pergerakan melebihi 10km radius hanya dibenarkan sekiranya keperluan dan perkhidmatan tidak terdapat dalam radius tersebut. -Buletin TTKM-