
Shah Alam, 30 April : Pakatan Harapan akan menubuhkan satu pasukan yang mantap yang boleh menyaingi pengaruh cybertrooper UMNO-BN kata Khalid Samad, ahli parlimen Amanah Shah Alam.
“Kita dah tahu mereka ada cybertroopersnya, dia kata kita ada cybertrooper, yang dipanggil Red Bean Army dan sebagainya, tapi hakikatnya yang ada cybertrooper yang tersusun, ada duit, adalah pihak mereka. Dan bila kita dah tahu benda itu adalah satu hakikat dan ianya wujud, maka kita pun perlu bersiap sedia dengan pasukan kita juga, untuk kita nak lawan hujah lawan hujah, fakta lawan fakta” – Khalid Samad
Katanya lagi, sebelum ini Pakatan Harapan sibuk dengan pentadbiran kerajaan tetapi perkara itu bukan lagi menjadi alasankerana pakatan itu kini bukan lagi kerajaan.
“Inilah masanya bagi PH bagi untuk membina jentera penerangannya dan berikan tumpuan untuk menentukan bahawa kita akan ada satu pasukan yang mantap yang boleh menyaingi pengaruh cybertrooper UMNO-BN yang telah pun siap disediakan.” – – Khalid Samad
Khalid Samad berkata demikian dalam satu program Bicara Santai yang disiarkan secara langsung di laman facebook Jom Channel.
Kerajaan Pakatan Harapan tumbang selepas 22 bulan berkuasa apabila Bersatu dan beberapa ahli parlimen PKR mengumumkan keluar dari pakatan tersebut.
Sebelum itu, populariti Pakatan Harapan jatuh menjunam dan seringkali tewas teruk dalam pilihanraya kecil. Salah satu penyebabnya adalah perang di media sosial yang mensasarkan Pakatan Harapan sebagai sebuah kerajaan yang gagal melaksanakan janji pilihanraya serta didakwa dikawal oleh parti komponen DAP. – Buletin TTKM-
Leave a Reply