Inspektor polis didakwa rog0l 2 wanita Mongolia

Gambar : The Malaysian Insight

Petaling Jaya, 30 April: INSPEKTOR polis Hazrul Hizham Ghazali dibicarakan di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini atas pertuduhan merog0l dua wanita Mongolia yang didakwanya ditahan semasa sekatan jalan raya PKP tiga minggu lalu.

Kedua-dua wanita tersebut mendakwa diperk0sa beberapa kali di bilik berasingan di Hotel PJ Luxe pada 11 April selepas mereka ditahan sehari sebelumnya lapor The Malaysian Insight.

Tertuduh yang berusia 30 tahun itu mengaku tidak bersalah atas enam pertuduhan melanggar Seksyen 376 (2) (f) Kanun Keseksaan kerana merog0l seorang warganegara Mongolia berusia 20 tahun.

Beliau kemudian dituduh pula di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mengani@ya wanita yang sama di khemah sekatan jalan raya di plaza tol Lebuhraya Pantai Baru (NPE) Petaling Jaya Selatan 2 (PJS2).

Setelah itu Hazrul turut didakwa dengan dua tuduhan merog0l wanita kedua, seorang warga Mongolia berusia 36 tahun.

Beliau berdepan hukuman penjara hingga 20 tahun dan seb@tan, jika disabit kesalahan.

Hakim Norshila Kamaruddin menetapkan jaminan RM27,000, atau RM3,000 bagi setiap pertuduhan dan menetapkan 2 Jun untuk pengurusan kes.

Hazrul memakai topeng muka, berbaju T biru gelap dan berseluar jeans, tidak bercakap dengan media. – Buletin TTKM-

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.