Langkah Pembersihan dalam PKR dikesali- Adun PKR Sg Acheh

Kenyataan Umum

29 April 2020

KESAL DENGAN LANGKAH “PEMBERSIHAN” DALAM PARTI

Saya dengan ini menyatakan kesal dengan tindakan pengantungan keanggotaan parti YB Dr Afif Bahardin melalui surat bertarikh 14 April 2020. Surat tersebut sangat janggal kerana gagal menyatakan alasan penggantungan.

Bukan sahaja Dr. Afif tetapi ramai lagi seminggu dua ini dipecat, digantung dan dikenakan tindakan disiplin hanya kerana perbezaan pandangan dalam beberapa perkara. PKR sebagai parti reformasi seharusnya mampu mengurus beza pandang dengan baik namun malangnya apa yang digambarkan dengan siri tindakan disiplin pimpinan akar umbi parti menampakkan sebaliknya.

Adakah PKR sedang bergerak ke arah sebuah parti yang hanya dianggotai oleh anggota yang angguk sahaja ? Adakah PKR mahu dilabel dengan imej parti taksub individu ?

Sejak 1999 parti ini dibawah Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah diuji dengan perbagai ujian. Namun Kak Wan terus berjaya menyatukan kekuatan dengan menyantuni beza pandang dan parti kukuh dalam penyatuan keperbagaian. Malangnya sejak pemilihan terakhir lalu parti ini seolah sakit berpuak tanpa diubat. Presiden sendiri membiarkan dirinya dikelilingi kelompok yang mempergunakannya, keadaan semakin kusut.

Saya sendiri menyampai pesan hendak bertemu presiden sudah berbulan untuk berbincang banyak perkara tidak dapat respon langsung kerana Presiden selesa dikepung di Istana Bukit Gasing.

Bukan itu sahaja, siri tindakan disiplin dilihat seperti pembersihan etnik ini berlaku dalam keadaan negara sedang berdepan PKP COVID19. Sepatut masa ini PKR menyatu kekuatan bersama perbagai usaha mendepani saat getir ini. Namun apabila PKR terus memilih meletakkan isu politik dalaman didepan maka persepsi rakyat terhadap parti jelas akan negatif. Malah saya sendiri ditegur dalam usaha membantu rakyat. Hanya kerana menyeliakan bantuan kepada rakyat bersama Ahli Parlimen kawasan saya yang merupakan bekas PKR, saya diberikan teguran.

Namun jawapan saya jelas. Saya bersama PKR demi memperjuangkan rakyat. Saya dipilih sebagai ADUN oleh pengundi saya. Jika kerana membantu pengundi saya bakal diambil tindakan oleh PKR, saya sanggup kerana saya meletakkan tanggungjawab kepada masyarakat lebih utama.

Kerajaan PH peringkat pusat itu sendiri jatuh kerana PKR gagal mengurus diri. Saya merayu agar pimpinan atasan khususnya Presiden supaya bertenang, bermuhasabah dan menilai semula tindakan.

Buat YB Dr Afif segala bentuk tindakan yang saudara hadapi pedulikan dan terus ambil langkah kehadapan demi penduduk yang saudara wakili sekarang ini, ayuh peduli kan bab lain dalam bersama-sama membantu masyarakat dan kerajaan negeri serta kerajaan pusat dalam menanggani isu covid ini.

Zulkifli Ibrahim,
ADUN PKR Sungai Acheh.

Author: Buletin TTKM

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.