Moratorium sewa beli: BNM perlu bertanggungjawab atas kesilapan – Najib Razak

Oleh : Najib Razak

Ramai yang masih marah dengan BNM.

Jelas sekarang bahawa kekeliruan mengenai skim penangguhan pinjaman untuk sewa beli adalah kerana satu soalan lazim (FAQ) yang pernah dikeluarkan oleh BNM masa skim dikeluarkan.

FAQ itu sudah ditarik balik dan diperbetulkan.

Secara adil, dari mulanya skim itu dikeluarkan saya tidak tengok di mana BNM atau bank-bank pernah kata secara spesifik dalam kenyataan-kenyataan mereka bahawa faedah untuk pinjaman cara sewa beli akan dikecualikan.

Erti kata lain. Kenyataan-kenyataan utama BNM tak salah tetapi satu contoh atau illustrasi dalam soalan lazim FAQ yang salah.

Ada juga artikel-artikel sebelum ini yang nyatakan dengan betul bahawa faedah ke atas sewa beli tetap akan dikira seperti ini:

“What about interest?

YES – as confirmed to us by Bank Negara and echoed by Maybank, CIMB, and Hong Leong Bank, interest will continue to accrue during this 6 month period as it effectively acts as an artificial extension of your repayment period.”
30 Mac 2020: https://www.carlist.my/news/6-month-moratorium-a-car-loan-holiday-or-delayed-haunting-77855/77855/

Pagi ini, BNM keluarkan kenyataan bahawa mereka kesal dengan kesilapan dalam soal lazim dahulu mereka.

Tetapi kesal sahaja tak cukup, tindakan lebih tegas perlu diambil untuk sesiapa dari BNM yang bertanggungjawab agar kesilapan yang mengelirukan Rakyat sehingga ramai yang marah tidak diulang lagi.

Kenapa dari dulu saya tak percaya pinjaman sewa beli akan dikecualikan faedah?

Kerana ianya tak masuk akal bahawa hanya faedah untuk sewa beli akan dikecualikan sedangkan faedah untuk pinjaman rumah, pinjaman peribadi dan lain-lain pinjaman tetap dikira.

Tak masuk akal dan tak adil bahawa mereka yang memberi kereta atau syarikat-syarikat yang membeli mesin atau tractor tak dikenakan faedah untuk 6 bulan tetapi orang yang membeli rumah untuk tinggal sendiri tetap dikira faedah.

Beli mesin dan beli kereta tak kena faedah tapi beli rumah dikira faedah pulak?

Dari dulu, saya dah kata bahawa kerajaan perlu tambah bantuan kepada Rakyat tetapi bukan dengan cara mengecualikan faedah untuk pinjaman sewa beli sahaja.

Kerana cara ini adalah tidak adil memandangkan bukan semua individu dan atau yarikat ada pinjaman sewa beli.

Di kalangan individu yang ada pinjaman sewa beli pun, mereka yang membeli kereta mewah pula yang menerima manfaat puluhan kali lebih besar berbanding yang beli kereta Viva.

Pengecualian faedah untuk sewa beli secara pukal juga memberi faedah tambahan kepada mereka yang gajinya tetap berjalan pada masa PKP.

Manfaat tak sama rata. Yang kaya dan mereka yang kurang menerima impak dari PKP akan dibantu lebih.

Jika nak bantu dalam masa Covid ini, perlulah adil juga supaya bantuan tertumpu kepada mereka yang paling memerlukan bantuan.

Walaupun kita maklum bahawa bank-bank terbesar dimiliki oleh tabung-tabung rakyat seperti PNB, KWSP, KWAP, Khazanah dan kita faham bank-bank masih perlu membayar faedah kepada pengdeposit, saya percaya punca kemarahan ramai ialah bank-bank dilihat seolah-olah tidak menerima apa-apa impak dan tidak terbeban pada masa ramai yang hilang mata pendapatan atau gaji mereka dipotong.

Untuk meredakan situasi kemarahan ini, bank-bank boleh menunjukkan solidariti bersama Rakyat:

1. Gaji dan bonus pengurusan atasan bank perlu dipotong pada tempoh Covid ini supaya beban dipikul bersama.

2. Walaupun ianya susah untuk bank mengecualikan semua faedah sepenuhnya, bank-bank boleh mengurangkan “net interest margin” atau margin keuntungan faedah mereka bagi memberi diskaun kepada faedah yang dikenakan untuk semua bentuk pinjaman termasuk pinjaman peribadi serta pinjaman rumah dan bukan hanya terhad kepada pinjaman sewa beli.

(Net interest margin ialah beza antara faedah yang diterima dari peminjam berbanding faedah yang dibayar kepada pendeposit)

Disamping itu, proses tambahan untuk memerlukan perjanjian baru atau surat setuju dari peminjam akibat keperluan mematuhi undang-undang akta sewa beli menambah kepada kekeliruan peminjam dan ini ialah birokrasi tambahan yang patut dielakkan pada masa kini.

Oleh kerana keperluan ini adalah keperluan di bawah undang-undang maka ianya juga di bawah kawalan kerajaan.

Undang-undang boleh dipindah dan diubahsuai oleh kerajaan pada masa Covid ini.

Krisis Covid ini masa luar biasa

Kerajaan perlu mencari jalan untuk mengurangkan birokrasi dan memudahkan proses untuk Rakyat.



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik: