Menteri Kewangan saran bank lupuskan faedah terakru moratorium sewa beli dan keuntungan bagi pembiayaan Islam berkadar tetap

KUALA LUMPUR, 2 Mei: Setelah semalam menegur Bank Negara Malaysia supaya memperbaiki komunikasi berikutan ilustrasi FAQ moratorium sewa beli yang menimbulkan kekeliruan dan kecaman warganet, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz hari ini menyaran institusi kewangan mempertimbangkan untuk melupuskan faedah terakru pinjaman sewa beli , serta keuntungan dari pembiayaan Islam dengan kadar tetap , dalam tempoh moratorium enam bulan pembayaran balik pinjaman.

Menerusi kenyataan di laman Facebooknya, Zafrul yang mengambil maklum persoalan mengenai isu tersebut yang banyak ditimbulkan media massa dan warganet berkata, walaupun terdapat banyak bank yang menawarkan penangguhan pinjaman tanpa mengenakan bunga terakru atau terkumpul, kelonggaran itu tidak merangkumi semua produk pinjaman dan setiap bank pula ambil pendekatan tersendiri dalam hal mengenakan faedah sewaktu tempoh moratorium.

๐Œ๐ž๐ง๐ ๐š๐ฆ๐›๐ข๐ฅ ๐ค๐ข๐ซ๐š ๐ญ๐ž๐ซ๐๐š๐ฉ๐š๐ญ ๐ค๐ž๐ฆ๐ฎ๐ง๐ ๐ค๐ข๐ง๐š๐ง ๐ข๐š ๐๐š๐ฉ๐š๐ญ ๐๐ข๐ฅ๐š๐ค๐ฌ๐š๐ง๐š๐ค๐š๐ง ๐๐š๐ง ๐ฌ๐ž๐ญ๐ž๐ฅ๐š๐ก ๐ฆ๐ž๐ง๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ซ ๐ฉ๐ž๐ซ๐ฆ๐ข๐ง๐ญ๐š๐š๐ง ๐ซ๐š๐ค๐ฒ๐š๐ญ, ๐ฌ๐š๐ฒ๐š ๐ข๐ง๐ ๐ข๐ง ๐ฆ๐ž๐ง๐ฒ๐š๐ซ๐š๐ง๐ค๐š๐ง ๐š๐ ๐š๐ซ ๐ฌ๐ž๐ฆ๐ฎ๐š ๐ข๐ง๐ฌ๐ญ๐ข๐ญ๐ฎ๐ฌ๐ข ๐ค๐ž๐ฐ๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐ค๐ก๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฌ๐ง๐ฒ๐š ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ญ๐ž๐ซ๐ฅ๐ข๐›๐š๐ญ ๐๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐ฆ๐จ๐ซ๐š๐ญ๐จ๐ซ๐ข๐ฎ๐ฆ ๐ข๐ง๐ข ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐ฆ๐ž๐ฆ๐ฉ๐ž๐ซ๐ญ๐ข๐ฆ๐›๐š๐ง๐ ๐ค๐š๐ง ๐ฌ๐ฎ๐ฉ๐š๐ฒ๐š ๐Ÿ๐š๐ž๐๐š๐ก ๐ญ๐ž๐ซ๐š๐ค๐ซ๐ฎ (๐›๐š๐ ๐ข ๐ฉ๐ข๐ง๐ฃ๐š๐ฆ๐š๐ง ๐ฌ๐ž๐ฐ๐š ๐›๐ž๐ฅ๐ข) ๐š๐ญ๐š๐ฎ ๐ค๐ž๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ง๐ ๐š๐ง (๐›๐š๐ ๐ข ๐ฉ๐ž๐ฆ๐›๐ข๐š๐ฒ๐š๐š๐ง ๐ˆ๐ฌ๐ฅ๐š๐ฆ ๐›๐ž๐ซ๐ค๐š๐๐š๐ซ ๐ญ๐ž๐ญ๐š๐ฉ) ๐๐ข๐ฅ๐ฎ๐ฉ๐ฎ๐ฌ๐ค๐š๐ง ๐ฌ๐ž๐ฐ๐š๐ค๐ญ๐ฎ ๐ญ๐ž๐ฆ๐ฉ๐จ๐ก ๐Ÿ” ๐›๐ฎ๐ฅ๐š๐ง ๐ฆ๐จ๐ซ๐š๐ญ๐จ๐ซ๐ข๐ฎ๐ฆ.

Menurut Akta Bank Negara 2009, isu ini berada di bawah bidang kuasa BNM. Namun yang demikian, Kementerian Kewangan telah memulakan langkah proaktif mencari penyelesaian kemelut ini melalui perbincangan bersama BNM dan bank-bank untuk membuat keputusan yang tepat mengikut keperluan rakyat.

Katanya lagi, memandangkan keadaan ekonomi yang mencabar disebabkan oleh wabak Covid-19, beliau sangat berharap agar pandangannya dapat dipertimbangkan oleh BNM dan institusi kewangan lain .

BNM semalam menyatakan kekesalan berikutan “kebingungan dan kegelisahan” yang timbul dari pengumumannya mengenai perubahan moratorium enam bulan untuk pinjaman sewa beli dan pembiayaan Islam dengan kadar tetap.

Bank pusat itu turut menafikan bahawa ia melakukan perubahan pada pengumuman awalnya.

Dalam penjelasannya, BNM berkata persepsi yang salah berlaku kerana ilustrasi yang disediakan dalam versi awal FAQ, “di mana anggapan dan peringatan tertentu dibuat.”

Buletin mendapati versi awal FAQ bertarikh pada 27 Mac itu telah dipadamkan dari laman web Bank Negara Malaysia sebaik sahaja pengumuman 30 April dibuat BNM berikutan kecaman dari warga net kerana didakwa melakuan pusingan U.

Dalam FAQ tersebut menunjukkan tiada faedah tambahan dikenakan pada sewa beli sekiranya peminjam memilih untuk moratarium 6 bulan.

(FAQย  tersebut boleh diakses melalui arkib internet di sini. )ย 

Dalam FAQ itu, ditunjukkan satu illustrasi di mana bayaran pinjaman sewa beli bulanan adalah sama selepas mengambil moratorium 6 bulan iaitu tiada pertambahan.

FAQ Bank Negara 27 Mac 2020, contoh bayaran bulanan sewa beli:

Sebelum penangguhan : RM1,133

Selepas Penangguhan : RM 1,133 ( tiada pertambahan)ย 

bnm padam ke tu
FAQ Bank Negara Malaysia yang telah dipadamkan dari laman web BNM.ย 

Walau bagaimanapun, dalam FAQ terbaru yang dikeluarkan kelmarin menunjukkanย  contoh pembayaran bulanan sewa beli bertambah selepas mengambil moratorium 6 bulan berikutan faedah yang dikenakan.

FAQ Bank Negara 1 Mei 2020, contoh bayaran bulanan sewa beli:

Sebelum penangguhan : RM 712

Selepas Penangguhan : RM 731 ( pertambahan RM19)ย 

Semalam, ahli parlimen Bagan Datoh merangkap presiden UMNO. Dato Zahid Hamidi berkata pengumuman Bank Negara Malaysia dalam isu ini lebih memihak kepada kepentingan industri perbankan.

Tambah beliau lagi, perubahanย  polisi yang dilihat menjaga kepentingan sektor kewangan di saat rakyat dan sektor-sektor lain sedang bergelut dengan bebanan kewangan adalah sesuatu yang mengecewakan rakyat.

“Kerajaan digesa mencari solusi terbaik bagi merungkai kemelut ini. Jangan kita bebani rakyat yang sudah terbeban dengan kehilangan punca pendapatan, pemotongan gaji, diberikan cuti tanpa gaji, diberhentikan kerja dan tidak dapat menjalankan perniagaan. Segala bentuk โ€˜unnecessary stressโ€™ berkaitan polisi kerajaan perlu dielakkan. Keprihatinan kerajaan dengan memahami denyut nadi rakyat ketika berhadapan dengan pandemik COVID-19 ini perlu diutamakan.

Saya amat berharap kerajan memberikan penjelasan segera, secara tuntas, dalam bahasa mudah untuk difahami oleh rakyat. Isu yang berkaitan kewangan dan pinjaman ini bersifat teknikal, mudah menimbulkan kekeliruan, oleh itu penjelasan dalam bentuk yang mudah difahami amatlah penting. – Dato Zahid Hamidi

-Buletin TTKM-

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.