𝗣𝗲𝗿𝗶𝗻𝘁𝗮𝗵 𝗞𝗮𝘄𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝗴𝗲𝗿𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗕𝗲𝗿𝘀𝘆𝗮𝗿𝗮𝘁 𝗗𝗶𝘂𝗯𝗮𝗵𝘀𝘂𝗮𝗶 (𝗣𝗞𝗣𝗕𝗗) 𝗦𝗲𝗹𝗮𝗻𝗴𝗼𝗿

#INFO #PKPB | 𝗣𝗲𝗹𝗮𝗸𝘀𝗮𝗻𝗮𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝗶𝗻𝘁𝗮𝗵 𝗞𝗮𝘄𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝗴𝗲𝗿𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗕𝗲𝗿𝘀𝘆𝗮𝗿𝗮𝘁 𝗗𝗶𝘂𝗯𝗮𝗵𝘀𝘂𝗮𝗶 (𝗣𝗞𝗣𝗕𝗗) 𝗦𝗲𝗹𝗮𝗻𝗴𝗼𝗿

(Keputusan ini terpakai kepada seluruh Selangor kecuali di zon merah Selayang Baru buat masa ini.)

Kerajaan Negeri membuat keputusan untuk melaksanakan PKPB dengan pertambahan perincian berikut:

1. 𝐑𝐞𝐬𝐭𝐨𝐫𝐚𝐧, 𝐩𝐚𝐫𝐚 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐚𝐣𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐢𝐚𝐠𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐩𝐫𝐞𝐦𝐢𝐬 dibenarkan untuk beroperasi mulai 4 Mei 2020 terhad kepada urusan bawa pulang (take away) dan penghantaran (delivery) dari jam 7 pagi hingga 10 malam.

Manakala 𝐩𝐞𝐧𝐢𝐚𝐠𝐚 𝐭𝐢𝐚𝐝𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐩𝐫𝐞𝐦𝐢𝐬 𝐭𝐞𝐫𝐦𝐚𝐬𝐮𝐤 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐚𝐣𝐚 𝐭𝐞𝐩𝐢 𝐣𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐭𝐫𝐚𝐤 𝐬𝐚𝐣𝐢 (𝐟𝐨𝐨𝐝 𝐭𝐫𝐮𝐜𝐤) hanya dibenarkan untuk beroperasi selepas 12 Mei 2020 bagi memastikan pihak PBT dan peniaga mempunyai cukup masa untuk mengatur persediaan untuk penjarakan sosial dan ‘contact tracing’.

Namun, 𝐩𝐚𝐬𝐚𝐫 𝐦𝐚𝐥𝐚𝐦, 𝐩𝐚𝐬𝐚𝐫 𝐩𝐚𝐠𝐢, 𝐣𝐮𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐫𝐧𝐢𝐯𝐚𝐥, 𝐛𝐚𝐳𝐚𝐫 𝐑𝐚𝐦𝐚𝐝𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐀𝐢𝐝𝐢𝐥𝐟𝐢𝐭𝐢𝐫𝐢 tidak dibenarkan sebagaimana yang ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan.

2. 𝐈𝐧𝐝𝐮𝐬𝐭𝐫𝐢 𝐩𝐞𝐦𝐛𝐢𝐧𝐚𝐚𝐧 dibenarkan beroperasi pada kadar maksimum tetapi syarikat harus menyediakan Pelan Tindakan Keselamatan Kawalan Penularan Wabak Covid-19 untuk mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) masing-masing terlebih dahulu.

3. Bagi 𝘀𝗲𝗸𝘁𝗼𝗿 𝘀𝗼𝘀𝗶𝗮𝗹, orang awam dibenarkan untuk melakukan aktiviti senaman di kawasan lapang dan taman komuniti dengan mengamalkan penjarakan sosial.

Kegiatan di taman-taman awam seperti Tasik Shah Alam, Taman Jaya dan Tasik Cempaka tidak dibenarkan. Semua kemudahan rekreasi dan sukan dalam kawasan berbumbung / tertutup seperti kolam renang dan gimnasium masih ditutup. Aktiviti hiking seperti di Bukit Gasing juga tidak dibenarkan. PBT akan mengeluarkan notis susulan senarai taman awam yang dilarang buat orang awam sewaktu PKPB ini.

(𝐌𝐚𝐧𝐚𝐤𝐚𝐥𝐚 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐛𝐮𝐭𝐢𝐫𝐚𝐧 𝐥𝐚𝐢𝐧 𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐛𝐞𝐫𝐝𝐚𝐬𝐚𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐭𝐞𝐭𝐚𝐩𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐠𝐚𝐫𝐢𝐬 𝐩𝐚𝐧𝐝𝐮𝐚𝐧 𝐌𝐊𝐍 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐢𝐤𝐞𝐥𝐮𝐚𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐫𝐝𝐚𝐡𝐮𝐥𝐮)



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik: