Covid-19: 122 kes baru

Putrajaya, 3 Mei: Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini mengumumkan terdapat 122 kes Covid-19 baharu di Malaysia setakat tengah hari ini.
Ini masuk hari kedua kes baru melebihi melebihi 100 kes dan juga 5 hari berturut-turut berlaku kenaikan kes. 

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, 70 kes adalah penularan tempatan manakala 52 lagi kes import.

Jumlah keseluruhan kes setakat ini adalah 6,298, dengan kes aktif  sebanyak 1,780 kes.

Jumlah pesakit yang sembuh dan dibenarkan pulang hari ini adalah 87 orang, menjadikan jumlah kes sembuh kepada 4,413, atau 70 peratus daripada keseluruhan kes.

Manakala dua lagi pesakit Covid-19 meninggal dunia hari ini, menjadikan jumlah kematian  setakat ini meningkat kepada 105 orang.
Bermula esok, Perintah Kawalan Pegerakan Bersyarat membenarkan hampir semua sektor ekonomi beroperasi dengan kapasiti 100%.
Walau bagaimanapun, beberapa negeri mengambil keputusan meneruskan PKP dan tidak menguatkuasa PKPB pada 4 Mei seperti yang disarankan kerajaan pusat berikutan kes yang meningkat.
Kedah, Sabah dan  Sarawak : Tidak melaksanakan PKPB
Selangor dan Negri Sembilan: Menghadkan kebenaran perniagaan beroperasi
Pulau Pinang: PKPB akan dilaksanakan dalam 3 fasa bermula 4 mei, 9 mei dan 13 mei.
Pahang: Akan tentukan pada 8 Mei dalam mesyuarat jawatankuasa keselamatan negeri.
-Buletin TTKM-
– Buletin TTKM-

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.