AMPANG 3 Mei: Pasar Taman Tasek Tambahan di sini ditutup untuk kerja-kerja nyah kuman selepas seorang pekerja di pasar tersebut positif Covid-19.
Pasar itu ditutup pada hari Sabtu ( 2 Mei) dan hanya akan dibuka kembali pada Selasa ( 5 Mei) untuk tujuan sanitasi dan pembersihan berikutan arahan dari Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat.
The Star memetik Presiden Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Datuk Abdul Hamid Hussain sebagai berkata pekerja itu disahkan positif setelah menjalani pemeriksaan sukarela beberapa hari lepas.
“Pejabat Kesihatan daerah telah mengarahkan pasar ini ditutup untuk tiga hari bermula 2 Mei.
MPAF sedang menjalankan kerja-kerja pembersihan di pasar manakala pejabat kesihatan akan melakukan saringan kepada semua peniaga dan pekerja mereka” – Datuk Abdul Hamid Hussain
Setakat semalam, kes positif Covid-19 di Malaysia meningkat untuk empat hari berturut-turut dengan 105 kes baharu.
Daripada 105 kes baharu yg dilaporkan hari ini, 11 kes adalah kes import. Ini bermakna, kes penularan tempatan adalah 94 kes termasuk 60 kes yg dikesan dari lokaliti di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). -Dr Noor Hisham, Ketua pengarah kesihatan.