(video) “Saya mohon maaf”- Datuk Feroz, CEO Kumpulan Jakel

Kuala Lumpur, 3 Mei: Pengarah urusan Kumpulan Jakel , Datuk Mohamed Feroz Mohamed Jakel memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dan orang Melayu berhubung kenyataan adiknya, Muzzaffar Mohamed Jakel di akaun instagramnya pada 1 Mei lepas yang menyinggung perasaan orang Melayu.

Dalam satu video berdurasi 2 minit 8 saat, beliau  juga turut marah dan terkesan dengan hantaran adiknya itu sambil berkata kemungkinan berlaku salah faham.

“Segala kekhilafan yang berlaku mungkin salah faham, tetapi telah ditokok tambah oleh hantaran-hantaran yang  mungkin tidak berapa tepat. Contohnya hantaran Nor Lizah yang mana beliau menghina, memaki hamun orang Melayu kita. Beliau tiada kena mengena dengan keluarga Jakel mahupun dengan rangkaian Jakel” – Datuk Mohamed Feroz

(Nor Lizah pula telah membuat laporan polis menafikan beliau membuat hantaran tersebut- Editor)

Tambahnya lagi, Jakel berjaya dan menjadi gedung yang terkenal dan household name adalah kerana sokongan 100% orang Melayu

Jadi masakan saya menghina orang Melayu dan tigak tergamak dan tidak terfikir oleh akal fikiran manusia untuk menghina pelanggan kami yang mana pelanggan kami yang beri kami rezeki dengan izin Allah takkan lah kita nak hina orang kita. Jadi saya harap masyarakat dapat maafkan keluarga saya dan pekerja saya dan pernigaan saya dan terus menyokong perniagaan Jakel. 

Saya mungkin agak emosional dalam hal ini tetapi inilah hakikatnya saya memang benar-benar kecewa dan sedih dalam apa yang berlaku ini. 

Jadi saya sekali lagi memohon ampun dan maaf di bulan yang mulia ini saya ucapkan selamat berpuasa kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam mohof maaf zahir batin. – Datuk Mohamed Feroz Mohamed Jakel 

Permohonan maaf ini dilihat ketika warga net sedang rancak melancarkan boikot terhadap gedung Jakel sebagai membalas hantaran adik CEO jakel itu, Muzzaffar Mohamed Jakel yang dikatakan menghina orang Melayu.

“Kesian aku dengan orang MELAYU. SOP tu bahasa MELAYU pun tak pandai baca..” –  Muzaffar Jakel.

muzaffar-jakel

Muzaffar berkata demikian sebagai membalas kritikan warganet yang mempertikaikan pembukaan gedung tersebut bermula 4 Mei ini.

Serangan hebat warga net menyebabkan kedua-dua akaun instagram dan facebook Muzaffar tidak dapat diakses dipercayai dinyahaktif. -Buletin TTKM-

Video ehsan Sinar Harian:

 

Author: Buletin TTKM

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.