‘The Purge’: PKR pecat 348 ahli, gantung 285 termasuk beberapa pimpinan tinggi.

Kuala Lumpur, 4 Mei: Parti Keadilan Rakyat hari ini melakukan ‘the purge’ (pemutihan) dengan memecat seramai 348 ahli termasuk beberapa pimpinan tinggi berikutan ‘episod pengkhianatan’ yang membawa kepada tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan yang hanya mampu bertahan 22 bulan.

Dalam satu kenyataan, Pengarah Komunikasi Keadilan, Fahmi Fadzil berkataย Majlis Pimpinan Pusat yang bermesyuarat pada 21 Mac dan 26 April lalu telah membincangkan serta meluluskan beberapa syor Lembaga Disiplin berkenaan tindakan terhadap sejumlah anggota yang didapati “melanggar tata etika dan disiplin parti”.

Seramai 348 anggota telah dipecat. Ini termasuk beberapa pimpinan seperti:

1. YB Muhammad Jailani Bin Khamis (Alor Gajah)
2. YB See Chee How (Stampin)
3. Vernon Albert Kedit (Betong)
4. Mohd Nazree B. Mohd Yunus (Rembau)
5. Syarul Ema Rena Binti Abu Samah (Masjid Tanah)

– Fahmi Fadzil

Tambahnya, MPP juga telah bersetuju menggantung sementara keanggotaan 285 anggota parti sesuai dengan fasal 41.6 perlembagaan parti.

Lembaga Disiplin sedang meneliti setiap aduan dan bukti-bukti terhadap mereka dan akan mengesyorkan tindakan selanjutnya kepada MPP.

Dari jumlah ini, empat pimpinan yang keanggotaan mereka digantung adalah:

1. YB Haniza Mohamed Talha (Pandan)
2. YB Dr Afif Bahardin (Permatang Pauh)
3. Mohd Radzlan Jalaludin (Subang)
4. Rahimah Majid (Kudat)

Sementara itu, terdapat lima kes di mana Lembaga Disiplin telah mengeluarkan surat tunjuk sebab, dan dari jumlah ini satu melibatkan pimpinan iaitu sdr Chua Tian Chang (Batu).

“KEADILAN akan terus menjalankan proses membaikpulih parti selepas episod pengkhianatan yang membawa kepada jatuhnya sebuah kerajaan yang dipilih secara sah melalui mandat rakyat.

KEADILAN percaya selepas ini parti akan bertambah kukuh dalam usaha melaksana agenda Reformasi demi rakyat Malaysia.” – Fahmi Fadzil

Usaha ini dilihat sebagai membersihkan sebarang elemen penyokong Azmin Ali dalam parti tersebut secara tidak langsung mengukuhkan kuasa presiden parti, Anwar Ibrahim.

Pada 24 Februari lalu, Azmin Ali bersama 10 lagi ahli parlimen PKR telah mengumumkan keluar PKR.

Kesemua ahli parlimen bersama Azmin itu kini menjadi ahli PPBM dan mendapat jawatan menteri atau timbalan menteri dalam kerajaan Perikatan Nasional yang baru ditubuhkan.

Senarai lengkap anggota yang dipecat boleh diakses di sini:

Manakala senarai yang digantung boleh diakses di sini.

-Buletin TTKM-

Author: Buletin TTKM

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.