Kurang 24 jam, 20k tandatangan petisyen desak Kit Siang tunai janji bersara

Satu petisyen atas talian mendesak veteran DAP, merangkap ahli parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang supaya mengotakan janjinya untuk bersara dari politik mendapat lebih 20 000 tandatangan tidak sampai 24 jam ia dilancarkan.

Kata petisyen itu, rakyat Malaysia menuntut pemimpin-pemimpin Malaysia untuk membuktikan mereka masih ada integriti dan mampu menonjolkan sikap kepimpinan melalui teladan.

“Rakyat sudah jelik dengan pemimpin-pemimpin politik Malaysia yang suka menabur janji kosong sesuka hati.

Kita tidak mahu dikencing lagi.

Rakyat tuntut Lim Kit Siang tunaikan janjinya sendiri untuk bersara jika Tun Mahathir tak serah jawatan PM kepada Anwar Ibrahim.” – Petisyen

Lim Kit Siang membuat janji tersebut ketika ucapannya pada ceramah Pilihan Raya Kecil Sandakan DAP di Taman Mesra, Sandakan tahun lalu.

“Saya yakin bahawa Dr Mahathir akan memberi peluang kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memegang jawatan tersebut.

“Saya akan melepaskan jawatan sekiranya jawatan perdana menteri tidak dilepaskan kepada Anwar dan jika ada Pilihan Raya Umum Ke-15 juga saya tidak akan bertanding,” – Lim Kit Siang. 

Petisyen ini dilihat sebagai membalas petisyen yang dipromosikan oleh  Lim Kit Siang semalam.

Beliau meminta rakyat Malaysia menandatangani petisyen mendesak sidang parlimen pada 18 Mei ini diadakan selama dua minggu, dan bukannya sehari.

“Seruan kepada rakyat Malaysia untuk menandatangani petisyen untuk sekurang-kurangnya dua minggu sidang parlimen  untuk memfokuskan isu pandemik Covid-19 dan bukannya sehari pada 18 Mei ini dimana ahli parlimen tidak dapat bercakap langsung” – Lim Kit Siang.

Petisyen yang dimulakan minggu lepas itu oleh Persatuan Aliran Kesedaran Negara setakat ini mendapat lebih 45 000 tandatangan. – Buletin TTKM-

petiaynw

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.