Kit Siang tak dapat tunai janji bersara kerana PH ditumbangkan PN- Setiausaha Biro Organisasi DAP

Kuala Lumpur, 5 Mei: Setiausaha Biro Organisasi DAP, Vincent Wu berkata Lim Kit Siang tidak dapat menunaikan janjinya untuk bersara dalam politik kerana Pakatan Harapan ditumbangkan oleh Perikatan Nasional.

“Apabila Perikatan Nasional merampas kuasa melalui cara yang tidak demokratik, sudah tentu tidak ada jalan untuk Mahathir menyerahkan kuasanya kepada Anwar, maka ia sama sekali mustahil bagi Lim Kit Siang sebagai anggota pembangkang untuk menunaikan janjinya” – Vincent Wu 

Vincent berkata demikian dalam satu kenyataan sebagai mengulas petisyen atas talian yang mendesak Lim Kit Siang menunaikan janjinya untuk bersara sekiranya Tun Dr Mahathir tidak menyerahkan kuasa kepada Anwar Ibrahim.

 

Tambahnya lagi, petisyen tersebut dilakukan untuk mengelirukan rakyat dan mengalihkan perhatian orang awam dari desakan Lim Kit Siang supaya kerajaan mengadakan sidang parlimen pada 19 Mei ini untuk dua minggu dan bukannya sehari.

“Kumpulan ini yang mempunyai agenda tertentu berusaha mengelirukan rakyat, untuk menutupi keputusan tidak masuk akal untuk mengadakan satu hari di Dewan Rakyat untuk kepentingan politik,”

“Saya mendesak mereka untuk berhenti mengalihkan perhatian masyarakat dan hanya fokus memantau kemungkinan keputusan salah Perikatan Nasional dalam memerangi pandemik Covid-19,”  – Vincent Wu

Setakat ini, Lim Kit Siang masih belum memberikan sebarang komen terhadap petisyen tersebut.

Pemerhatian Buletin TTKM di petisyen itu mendapati kini ia mendapat 25,872  tandatangan.

Pada 10 Mei 2019, ketika berucap pada ceramah Pilihan Raya Kecil Sandakan , Lim Kit Siang merangkap ahli parlimen Iskandar Puteri berjanji akan bersara jika Tun Mahathir Tidak Serah Jawatan Kepada Anwar.

“Saya yakin bahawa Dr Mahathir akan memberi peluang kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memegang jawatan tersebut.Saya akan melepaskan jawatan sekiranya jawatan perdana menteri tidak dilepaskan kepada Anwar dan jika ada Pilihan Raya Umum Ke-15 juga saya tidak akan bertanding,” – Lim Kit Siang.

– Buletin TTKM-

 

(Petisyen boleh dilayari di sini)

 



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik: