May 9, 2021

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

Tiada caj tambahan bayaran ansuran sewa beli sewaktu tempoh moratorium- Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR: Bank bersetuju untuk tidak mengenakan caj tambahan ( kadar faedah terakru serta yuran dan penalti lewat bayar)  ke atas bayaran ansuran perjanjian sewa beli konvensional dan Syariah sewaktu tempoh moratorium, demikian kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Tambah beliau, kementeriannya telah mencapai kata sepakat dengan industri perbankan berhubung perkara itu susulan saranan kerajaan kepada industri perbankan mengenai pelupusan caj tambahan berkenaan, lapor Berita Harian.

“Persetujuan dicapai untuk menetapkan bahawa jumlah ansuran bulanan pinjaman tidak akan berubah bagi peminjam sewa beli (konvensional dan Syariah) sepanjang tempoh pembiayaan itu.

“Ini juga bermakna tiada sebarang caj tambahan akan dikenakan sewaktu tempoh moratorium (penangguhan),” 

Tengku Zafrul menjelaskan, dengan tiada caj tambahan itu, peminjam hanya perlu menyambung pembayaran ansuran seperti biasa berdasarkan terma perjanjian dengan bank masing-masing, termasuk tambahan enam bulan bagi keseluruhan jadual pembiayaan jika memilih untuk memanfaatkan moratorium itu.

Beliau berkata, kerajaan berharap keputusan itu akan dapat meringankan beban rakyat dalam tempoh yang mencabar ketika ini.

Katanya, peminjam boleh mendapatkan maklumat lanjut daripada bank masing-masing mengenai perkara itu.

95798099_10157636811523547_4609580251796733952_o

Pada minggu lepas, Bank Negara Malaysia menyatakan kekesalan berikutan “kebingungan dan kegelisahan” yang timbul dari pengumumannya mengenai perubahan moratorium enam bulan untuk pinjaman sewa beli dan pembiayaan Islam dengan kadar tetap.

Bank pusat itu turut menafikan bahawa ia melakukan perubahan pada pengumuman awalnya.

Dalam penjelasannya, BNM berkata persepsi yang salah berlaku kerana ilustrasi yang disediakan dalam versi awal FAQ, “di mana anggapan dan peringatan tertentu dibuat.”

Buletin TTKM mendapati versi awal FAQ bertarikh pada 27 Mac itu telah dipadamkan dari laman web Bank Negara Malaysia sebaik sahaja pengumuman 30 April dibuat BNM berikutan kecaman dari warga net kerana didakwa melakuan pusingan U.

Dalam FAQ tersebut menunjukkan tiada faedah tambahan dikenakan pada sewa beli sekiranya peminjam memilih untuk moratarium 6 bulan.

(FAQ  tersebut boleh diakses melalui arkib internet di sini. ) 

Dalam FAQ itu, ditunjukkan satu illustrasi di mana bayaran pinjaman sewa beli bulanan adalah sama selepas mengambil moratorium 6 bulan iaitu tiada pertambahan.

FAQ Bank Negara 27 Mac 2020, contoh bayaran bulanan sewa beli:

Sebelum penangguhan : RM1,133

Selepas Penangguhan : RM 1,133 ( tiada pertambahan) 

bnm padam ke tu
FAQ Bank Negara Malaysia yang telah dipadamkan dari laman web BNM. 

Walau bagaimanapun, dalam FAQ terbaru yang dikeluarkan BNM pada 1 Mei menunjukkan  contoh pembayaran bulanan sewa beli bertambah selepas mengambil moratorium 6 bulan berikutan faedah yang dikenakan.

FAQ Bank Negara 1 Mei 2020, contoh bayaran bulanan sewa beli:

Sebelum penangguhan : RM 712

Selepas Penangguhan : RM 731 ( pertambahan RM19) 

Pengumuman Bank Negara ketika itu mendapat kecaman dan kritikan pelbagai lapisan masyarakat.  -Buletin TTKM-

 

 

RSS
Follow by Email
%d bloggers like this: