Shafie Apdal cadang usul percaya terhadap Tun M

Kuala Lumpur, 7 Mei: Ahli Parlimen Semporna, merangkap presiden parti Warisan disahkah telah menghantar surat kepada  speaker Dewan Rakyat memohon izin untuk mengemukakan usul sokongan kepada Dr Mahathir, yang juga ahli Parlimen Langkawi.

 

Cadangan usul itu meminta Dewan Rakyat, yang akan bersidang pada 18 Mei ini, membuat ketetapan bahawa Dr Mahathir mempunyai keyakinan majoriti anggota Dewan Rakyat, sekali gus menjadi undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

“Yang Berhormat Datuk Seri Panlima Haji Mohd Shafie Bin Haji Abdal (Semporna) akan mencadangkan : “Bahawa Dewan ini memberikan kebenaran kepada Ahli Yang Berhormat bagi Kawasan Semportna untuk mencadangkan suatu usul iaitu menurut PEraturan Mesyuarat 26 (1) dibaca bersama Peraturan Mesyuarat 27(3) dalam Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat, mengemukakan resolusi untuk membuat ketetapan bahawa Ahli Yang Berhormat Langkawi mempunyai keyakinan majoriti ahli-ahli yang berhormat dewan rakyat”

“Selanjutnya, dengan niat mengemukakan usul tersebut tidak bertentangan kepada Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan iaitu kuasa melantik seorang Perdana Menteri oleh Yang Di Pertuan Agong, usul ini dizahirkan melalui Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat (PArlimen Malaysia) ini sebagai penzahiran akan perkara ini kepada seluruh rakyat jelata dan juga sebagai maklum kepada Yang DiPertuan Agong/ Istana Negara.”

-Kandungan surat Shafie Apdal kepada Speaker Dewan Rakyat.

Speaker Mohamad Ariff Md Yusof telah mengesahkan kesahihan surat tersebut.

“Tunggu kenyataan penuh dari setiausaha dewan rakyat pada Jumaat ini” – Mohamad Ariff Md Yusof

Dewan Rakyat ditetapkan bersidang sehari pada 18 Mei ini untuk pembukaan sidang penggal ketiga Parlimen ke-14 tanpa sebarang soal jawab untuk menteri dan persidangan hanya bagi titah ucapan Yang di-Pertuan Agong serta usul daripada kerajaan.

Sidang Dewan Rakyat itu adalah yang pertama sejak Muhyiddin mengetuai pentadbiran baharu Perikatan Nasional yang menggantikan Pakatan Harapan (PH), susulan langkah politik Bersatu bersama sebahagian ahli Parlimen PKR diketuai Azmin Ali serta BN dan PAS pada hujung Februari lalu.

Pada pagi itu, sebelum majlis berlangsung di Istana Negara, Dr Mahathir mengadakan satu sidang media memberitahu bahawa beliau tidak mendapat perkenan untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong untuk menunjukkan beliau sebenarnya ada sokongan majoriti.

Sementara itu, Dato Seri Anwar Ibrahim berkata beliau adalah ketua pembangkang yang baru.

“Saya ingat Setiausaha PH Saifuddin Nasution Ismail telah maklumkan kepada speaker, keputusan Majlis Presiden PH, yang juga diberi maklum kepada semua Ahli Parlimen Bersatu yang berpihak kepada pembangkang termasuk Warisan.

“(Keputusannya) saudara Anwar (Ibrahim) disebut sebagai ketua pembangkang yang baharu, sekali lagi,” – Anwar Ibrahim.

Anwar berkata demikian ketika menjawab soalan daripada pengguna facebook ketika sesi soal jawab pada program sidang langsung diadakan di Facebooknya, hari ini.

PAda satu sesi soal jawab dengan radio BMF minggu lepas, Anwar Ibrahim menolak tanggapan bahawa beliau tidak sabar untuk menjadi perdana menteri.

“Siapa yang gila untuk terus jadi PM di umur 90 atau 95?” – Anwar Ibrahim

Walaupun tidak menyebut nama, tetapi beliau dipercayai merujuk kepada Tun Dr Mahathir yang menjadi PM ke 8 pada umur 93 tahun.

-Buletin TTKM-

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.