Maszlee tolak jawatan pengerusi jawatankuasa penasihat Mara Corp

Oleh : Maszlee Malik

Saya mengambil maklum berita yang telah tersiar mengaitkan nama saya dengan lantikan di sebuah agensi kerajaan.

Saya percaya, apa-apa sahaja bentuk lantikan adalah amanah dari rakyat, dan harus pulang kepada rakyat. Kepentingan rakyat adalah paksinya dan bukannya keuntungan peribadi.

Perhitungan saya jelas, keputusan yang bakal saya lakukan mesti selari dengan mandat yang diberikan kepada saya dari penyokong dan rakyat Simpang Renggam khususnya, juga rakyat Malaysia umumnya.

Buat masa ini, saya lebih terkesan dengan kesempitan hidup rakyat dan tek@nan ekonomi yang dihadapi gara-gara benc@na Covid-19. Di Simpang Renggam sendiri, terlalu banyak keluarga yang ters@dai derita dan perlu dibantu.

Justeru itu, saya tidak boleh menerima lantikan ini buat masa ini. Kita masih belum menang melawan Covid-19. Negara kita harus menang dahulu, bebas dari benc@na, dan kehidupan rakyat kembali stabil.

Saya yakin banyak pembangunan dan kemajuan yang telah dicapai sejak penubuhan MARA, dan banyak lagi potensi yang boleh dikembangkan. MARA telah berjaya melahirkan ramai golongan profesional dan usahawan bumiputera yang secara tidak langung telah membantu memartabatkan ekonomi golongan bumiputera.

Agensi ini perlu memberikan tumpuan sepenuhnya untuk benar-benar membantu golongan B40, pekerja makan gaji hari, juga bumiputera yang telah kehilangan kerja dan ramai lagi kelompok rakyat yang terjejas akibat Covid-19. Mereka sangat-sangat perlu dibantu.

YB Dr Maszlee Malik Ahli Parlimen Simpang Renggam



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik: