Hina TMJ : Patrick Teoh direman 3 hari.

PATRICK Teoh direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan menghina Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan institusi diraja Johor.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, Mahkamah Majistret Johor Bahru membenarkan permohonan dibuat Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Polis Johor pagi ini bagi menahan reman selebriti dan penyampai radio berusia 73 tahun itu untuk membantu siasatan kes, lapor Harian Metro.

Jumaat lalu, Polis Johor menerima satu laporan polis daripada orang awam berikutan satu muat naik kenyataan jelik melalui laman Facebook atas nama Patrick Teoh yang bertujuan menghina dan menyakitkan hati Tunku Mahkota Johor dan institusi diraja Johor.

Bertindak atas maklumat itu, sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersil IPK Johor menahan suspek di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya. Suspek dipercayai individu yang memuat naik kenyataan jelik berkenaan dengan komputer ribanya turut dirampas bagi membantu siasatan,”

Ayob Khan, Ketua Polis Johor.

Mengulas lanjut, Ayob Khan berkata, Teoh disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Ia boleh membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau boleh dipenjarakan maksimum setahun atau kedua-duanya dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan, jika sabit kesalahan.

Ayob menasihatkan orang ramai supaya tidak menyalahgunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi bagi memuat naik kenyataan palsu untuk menyakitkan hati, menganiaya, mengugut atau menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.

Kelmarin, Patrick berkongsikan satu hantaran TMJ pada 5 September 2019 dengan menyertakan perkataan slanga kurang sopan  dalam bahasa hokkien iaitu “ni@mah”, yang bermaksud “mak kau”.

“Can anyone work out what this prince fler is trying to achieve with his video? If your initial reaction to watching is it What The F*CK!!! You are spot on. Ni@mah” – Patrick Teoh

Tangkap layar hantaran Patrick Teoh.

Walaubagaimanapun, hantaran itu kini didapati tidak dapat diakses dipercayai telah dipadamkan. – Buletin TTKM –



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik: