Patrick dakwa lupa password dan email, telefon hilang: Polis mohon reman lanjut.

JOHOR BAHRU, 12 Mei- Polis akan memohon lanjutan tahanan reman ke atas pelakon dan penyampai radio Patrick Teoh bagi membantu siasatan mengenai kenyataan jelik terhadap Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim di Facebooknya Khamis lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, reman suspek berakhir esok ( hari ini)  tetapi beliau dilaporkan tidak memberikan kerjasama sepanjang siasatan dan mendakwa lupa kata laluan manakala telefon bimbitnya dikatakan hilang sehari sebelum siasatan.

“Semua password (kata laluan) dia lupa termasuk untuk emel. Telefon bimbitnya pula didakwa hilang sehari sebelum dipanggil untuk siasatan.

“Jadi mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, kita akan memohon reman antara tiga atau empat hari lagi,”

– Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay

Terdahulu,  Patrick berkongsikan satu hantaran TMJ pada 5 September 2019 dengan menyertakan perkataan slanga kurang sopan  dalam bahasa hokkien iaitu “ni@mah”, yang bermaksud “mak kau”.

“Can anyone work out what this prince fler is trying to achieve with his video? If your initial reaction to watching is it What The F*CK!!! You are spot on. Ni@mah” – Patrick Teoh

Tangkap layar hantaran Patrick Teoh.

Walaubagaimanapun, hantaran itu kini didapati tidak dapat diakses dipercayai telah dipadamkan. – Buletin TTKM –

 



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik: