Penyangak : Najib jawab Tun Dr Mahathir

Oleh : Najib Razak

Entah kenapa PM4/7/7i serang saya sekali lagi hari ini dalam posting terbaru dia.

Tapi satu sahaja yang tarik minat saya.

Dia sekali lagi tuduh penyangak matawang sebagai punca krisis ekonomi Malaysia.pada tahun 1997-1998.

Tapi dia pun dah lama ampunkan “penyangak matawang” tersebut semasa dia meminta bantuan dari penyangak itu beberapa tahun sambil mengumumkan penyangak bukan penyebab krisis tahun 1997.

Dr M clears Soros of ’97 crisis
https://www.thestar.com.my/…/dr-m-clears-soros-of-97-crisis/

Tak digelar penyangak lagi siap diampunkan selepas PM ke-4 minta bantuan dari “penyangak” itu.

96397949_10157029250600952_7568934244840374272_n

Sebenarnya, krisis ekonomi Malaysia tahun 1997-1998 bukan disebabkan oleh “penyangak matawang” seperti dituduh PM ke-4.

Punca dan penyebabnya adalah dari dasar-dasar ekonomi dan kewangan masa itu yang lebih mementingkan permainan dan perjudian pasaran saham, banyak meminjam dalam matawang asing dari negara-negara asing serta kerajaan yang mengamalkan dasar defisit berkembar iaitu defisit akaun semasa dan defisit akaun dagangan antarabangsa.

Keadaan Malaysia dirumitkan lagi akibat rizab asing negara yang amat rendah akibat skandal forex BNM tahun 1992-1994 yang menyebabkan hampir rizab sebanyak 20% dari KDNK negara lesap di mana satu sen tak pernah dikembalikan – sehingga kita kurang kemampuan bertahan apabila matawang kita jatuh.

Pemain matawang cuma ambil kesempatan untuk mengaut keuntungan masa itu.

Sebab itu, bukan semua negara-negara di Asia terkesan dalam krisis ekonomi tahun 1997-1998.

Hanya melibatkan beberapa negara yang mempunyai ciri-ciri yang saya nyatakan itu.

Misalnya, negara jiran Singapura, Brunei serta Filipina kurang terkesan masa itu.

Dan sebab itu juga negara Malaysia tidak lagi diserang “penyangak matawang” sejak tahun 1997 ataupun berjaya bertahan apabila terdapat cubaan baru ke atas matawang kita.

PM 4/7/7i seorang ini sering gelar saya macam-macam:

Penyangak, perompak, pencuri, penjual negara, penzina, pembunuh dan sebagainya.

Tapi yang pelik ialah dia tak pernah tuduh saya mengamalkan kronisme dan nepotisme.

Dia tak pernah tuduh saya memperkayakan kroni atau ahli keluarga saya dengan projek-projek kerajaan?

Kenapa ya?

Posting PM4/7/7i:
https://www.facebook.com/TunDrMahathir/posts/10157361019858652

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.