June 18, 2021

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

Petisyen desak Kit Siang tunai janji bersara cecah lebih 50k tandatangan

Kuala Lumpur, 12 Mei: Petisyen atas talian yang mendesak ahli parlimen DAP Iskandar Puteri, Lim Kit Siang menunaikan janji beliau untuk bersara terus mendapat sambutan dari warga net apabila ia mendapat sokongan lebih 50k tandatangan hari ini.

( Petisyen boleh diakses di sini : https://tinyurl.com/Unclebersara)

Petisyen yang dinaikkan pada 4 Mei lalu itu menyatakan rakyat Malaysia menuntut pemimpin-pemimpin Malaysia untuk membuktikan mereka masih ada integriti dan mampu menonjolkan sikap kepimpinan melalui teladan.

“Rakyat sudah jelik dengan pemimpin-pemimpin politik Malaysia yang suka menabur janji kosong sesuka hati.

Kita tidak mahu dikencing lagi.

Rakyat tuntut Lim Kit Siang tunaikan janjinya sendiri untuk bersara jika Tun Mahathir tak serah jawatan PM kepada Anwar Ibrahim.” – Petisyen

Pada 5 mei lepas, Setiausaha Biro Organisasi DAP, Vincent Wu berkata Lim Kit Siang tidak dapat menunaikan janjinya untuk bersara dalam politik kerana Pakatan Harapan ditumbangkan oleh Perikatan Nasional.

“Apabila Perikatan Nasional merampas kuasa melalui cara yang tidak demokratik, sudah tentu tidak ada jalan untuk Mahathir menyerahkan kuasanya kepada Anwar, maka ia sama sekali mustahil bagi Lim Kit Siang sebagai anggota pembangkang untuk menunaikan janjinya” – Vincent Wu 

Vincent berkata demikian dalam satu kenyataan sebagai mengulas petisyen atas talian yang mendesak Lim Kit Siang menunaikan janjinya untuk bersara sekiranya Tun Dr Mahathir tidak menyerahkan kuasa kepada Anwar Ibrahim.

Tambahnya lagi, petisyen tersebut dilakukan untuk mengelirukan rakyat dan mengalihkan perhatian orang awam dari desakan Lim Kit Siang supaya kerajaan mengadakan sidang parlimen pada 19 Mei ini untuk dua minggu dan bukannya sehari.

“Kumpulan ini yang mempunyai agenda tertentu berusaha mengelirukan rakyat, untuk menutupi keputusan tidak masuk akal untuk mengadakan satu hari di Dewan Rakyat untuk kepentingan politik,”

“Saya mendesak mereka untuk berhenti mengalihkan perhatian masyarakat dan hanya fokus memantau kemungkinan keputusan salah Perikatan Nasional dalam memerangi pandemik Covid-19,”  – Vincent Wu

Kelmarin,  Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata veteran DAP itu kerap berjanji untuk mengundurkan diri tetapi tidak pernah dikotakan.

“Lim Kit Siang telah banyak kali berjanji akan mengundurkan diri dari politik, namun ia tidak pernah di kotakan. Beliau terus-terusan bertanding dalam pilihanraya seakan DAP ini tidak boleh kemana tanpa nya.” – Datuk Seri Mohamad Hasan

Lim Kit Siang kemudian mendakwa tindakan Tok Mat mendesak beliau bersara adalah umpama kerja seorang askar siber.

“Saya terkejut dengan Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan yang kini kelihatan seakan-akan seorang askar siber UMNO, menanyakan mengapa saya masih belum bersara dari politik.”

Lim Kit Siang membuat janji untuk bersara ketika ucapannya pada ceramah Pilihan Raya Kecil Sandakan DAP di Taman Mesra, Sandakan tahun lalu.

“Saya yakin bahawa Dr Mahathir akan memberi peluang kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memegang jawatan tersebut.

“Saya akan melepaskan jawatan sekiranya jawatan perdana menteri tidak dilepaskan kepada Anwar dan jika ada Pilihan Raya Umum Ke-15 juga saya tidak akan bertanding,” – Lim Kit Siang.

Tun Dr Mahathir pada Februari lalu tidak menyerahkan jawatannya kepada Anwar Ibrahim sebaliknya meletakkan jawatannya sehingga menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan tumbang hanya selepas 22 bulan memerintah.

-Buletin TTKM-

RSS
Follow by Email
%d bloggers like this: