‘Rumput’ setinggi manusia bukti kerajaan PN Perak gagal – DAP Perak

Ipoh, 12 Mei : Laman facebook DAP Perak mendakwa antara bukti kegagalan kerajaan Perikatan Nasional Perak yang disifatkannya sebagai kerajaan pintu belakang adalah rumput setinggi manusia yang tidak dipotong di tempat awam.

“Satu lagi keg@galan kerajaan pintu belakang PN Perak. Khidmat asas seperti potong rumput ditempat awam pun g@gal, apa lagi boleh diharapkan? Biar gambar bicara.” – Laman FB DAP Perak

 

lalang
Tangkap layar laman facebook DAP Perak

Laman facebook DAP Perak itu berkata demikian dalam satu hantaran yang dinaikkan semalam.

Terdapat lebih 4000 komen di hantaran itu di mana hampir kesemuanya mengkritik tindakan admin itu menaikkan gambar tersebut.

Mohd Fuad Rahmat Itu lalang, bukan rumput.. Lalang tu dah lebih setahun tak di potong.. Kau buat apa masa memerintah dulu?

Muhammad Nakheiran Pasal rmput pun nk dipolitikkan. Macam ber0k perangai..kau wakil rkyat, kau la tolong cantikkan kawasan kau. Takkan pasal rumput pun nak tunggu PM umum peruntukkan???? Alahai tak cerdiknye. Macam ni nak jadi kerajaan?

Ottoman Ibnu Othman Lalang dengan rumput pun x boleh beza. B0d0h betul 😂

Ultraman Empat Dua pasal rumput atau lalang, bukan melibatkan mana2 kerajaan. tu majlis punya. terpulang nak lantik mana-mana tender untuk kerja-kerja pemotongan rumput. Lagi la time PKP ni memang la tak ada yang potong rumput. Simpan sikit beng@p tu. Tak ada modal ke apa h@nat?

Linda Hamid : Benda kecik macam ni pun nak masuk facebook…adoi..pi la buat report pada jabatan yang terbabit…tau ni siapa punya angkara. Saja jer nak ketengahkn isu yang bukan-bukan…

Johan Iskandar JI Lalang tu dari zaman PH sepatutnya naik meninggi 6″ dah patut potong. Kalau setinggi itu maknanya hampir 7 bulan tak selengara. RBA kena ada ilmu baru nak putar alam yea..

Arul Prakash Balakrishnan Come on DAP Perak..jangan jatuhkan air muka sendiri. Fikir dulu sebelum post.

Kerajaan Pakatan Harapan Perak tumbang pada 9 Mac lepas setelah Bersatu keluar dari pakatan tersebut dan bergabung dengan parti UMNO dan PAS membentuk  gabungan 32 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di bawah Perikatan Nasional.

Hari ini, speaker yang dipilih ketika kerajaan Perak, Ngeh Koo Ham dari DAP pula meletakkan jawatannya setelah didesak oleh PN kerana beliau kehilangan sokongan majoriti dewan. – Buletin TTKM-

Author: Buletin TTKM

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.