Shah Alam, 13 Mei: MBSA hari ini mengadakan operasi meroboh struktur khemah tanpa kebenaran milik syarikat Jakel di Seksyen 7 dekat sini.

Operasi tersebut dilakukan dengan bantuan pelbagai kakitangan Jabatan MBSA.

Dalam operasi itu juga, MBSA juga telah mendapati struktur elekrik dibina tidak mengikut spesifikasi dan boleh mengundang bahaya.

Pada 4 Mei lalu, MBSA telah mendapati beberapa premis yang telah melanggar pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Diubahsuai (PKPBD) antaranya JAKEL di Seksyen 7 dan Premis perniagaan di Seksyen 13. – Buletin TTKM-
sumber : https://www.facebook.com/shahalamcitycouncil/posts/2918945504841731