Riza Aziz dilepas tanpa bebas dipersetujui bekas AG, Tommy Thomas, kerajaan bakal terima USD 107.3 juta. -SPRM

Photo by Ahmad Yusni/EPA-EFE/Shutterstock

*KENYATAAN MEDIA SPRM*

*PERSETUJUAN DILEPAS TANPA DIBEBASKAN RIZA AZIZ, KERAJAAN BAKAL TERIMA SEMULA ASET USD 107.3 JUTA*

ADALAH dimaklumkan pihak pendakwaan telah memohon kepada mahkamah untuk dilepas tanpa dibebaskan terhadap Riza Shahriz Abdul Aziz daripada beberapa pertuduhan yang dibuat pada 5 Julai 2019 di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dimaklumkan bahawa ia merupakan pelepasan bersyarat yang mana pihak pendakwaan berhak untuk mengembalikan pertuduhan dan mendakwa tertuduh sekiranya tidak berpuas hati dengan pelaksanaan persetujuan yang dicapai.

Hasil keputusan ini, kerajaan Malaysia dijangka akan menerima semula aset-aset di luar negara yang terlibat daripada kesalahan berkenaan iaitu dianggarkan berjumlah USD 107.3 juta (RM465.3 juta).

Dalam persetujuan ini juga, tertuduh dikehendaki membayar sejumlah kompaun kepada kerajaan sebagaimana dibenarkan di bawah Seksyen 92 Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 yang mana ini adalah bersifat punitif sebagai alternatif kepada pertuduhan-pertuduhan yang telah dikenakan ke atasnya.

Persetujuan antara pihak pendakwaan dan tertuduh melalui representasi di mahkamah ini adalah keputusan yang telah dipertimbangkan dan dipersetujui oleh bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.

*SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA*
*PUTRAJAYA*

*14 MEI 2020*

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.