KUALA LUMPUR, 14 Mei: Anak tiri Datuk Seri Najib Razak, Riza Shahriz Abdul Aziz, dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tuduhan pengubahan wang h@ram US$248 juta (RM1.25 bilion) berkaitan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Hakim Azman Ahmad membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan dan tertuduh mencapai persetujuan melalui representasi yang dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara.
Hakim Azman Ahmad membenarkan permohonan itu selepas pendakwaraya ad hoc, Gopal Sri Ram beritahu mahkamah ia tertakluk kepada tertuduh memenuhi perjanjian di pihaknya, lapor FMT.
“Suatu persetujuan dicapai antara pihak pendakwaan dan tertuduh yang mana terma-termanya adalah kerajaan persekutuan akan terima sejumlah wang yang banyak mencecah beberapa juta ringgit,” – Azman Ahmad, Hakim.
Sri Ram berkata jumlah itu secara langsung merujuk kepada isi pertuduhan.
Dengan persetujuan ini, katanya, pertuduhan terhadap Riza tidak akan diteruskan buat masa ini sementara menunggu perjanjian selesai.
“Pihak pendakwaan, dengan persetujuan tertuduh, memohon mahkamah mengeluarkan perintah untuk melepaskan tanpa membebaskan,” – Gopal Sri Ram