KUALA LUMPUR 15 Mei – Polis menafikan berlaku perg@duhan antara warga Rohingya dengan anggota Majlis Perbandaran Selayang (MPS) di Pasar Borong Selayang di sini, seperti yang tular di media sosial.
Bernama memetik Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe sebagai berkata, pihaknya tidak menerima laporan kejadian sedemikian berlaku di kawasan berkenaan.
“Tidak benar dan tiada kejadian berlaku di kawasan Selayang manakala kejadian itu dipercayai berlaku di Indonesia,” – Asisten Komisioner Arifai Tarawe
Sejak semalam, tular satu rakaman video memaparkan sekumpulan individu dipercayai cuba untuk membel@sah sekumpulan pihak berkuasa yang dikatakan anggota MPS.
Buletin TTKM mendapati video asal insiden itu merupakan aksi pr0tes peniaga di Pasar Sukaramai, Pekanbaru, Indonesia kerana gerai berniaga di tapak parkir dirobohkan oleh penguasa tempatan bagi menguat-kuasakan PSBB (Pembatasan Sosial Berskala Besar) untuk membendung penularan wabak covid-19 . -Buletin TTKM-
PROTES PENERTIBAN PEDAGANG PASAR SUKARAMAI (STC) PEKANBARU
Pedagang Tidak Terima Ditertibkan Oleh Pihak Pengelola yang Membongkar Lokasi Parkir yang Digunakan Pedagang Sebagai Tempat Berjualan (12/05)#demopedagang #skaramaitradecenter #pekanbaru #riau #citizenjournalism pic.twitter.com/5Rslanuglt— Bharabas975fm (@Bharabas975fm) May 12, 2020
More Stories
Langgar SOP: Akhirnya Neelofa mohon maaf
Bicara kes rog0l Paul Yong : “2 kesan koyak pada selaput dara mangsa” – Pakar O&G
Audio perbualan : “Saya nafikan sekeras-kerasnya, ini percaturan politik jijik dan jahat! ” – Zahid