Sultan Kedah selesai bertemu ADUN Perikatan, semua ‘kunci mulut’

ALOR SETAR, 15 Mei: Sesi pagi temuramah 23 adun Perikatan Nasional dengan dengan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badhlisah di Wisma Darul aman selesai sebentar tadi menjelang tengah hari.

Sultan melakukan temuramah secara perseorangan dengan kesemua 36 adun Kedah untuk memastikan siapakah yang mendapat sokongan majoriti di dewan undangan negeri.

The Star melaporkan adun PAS di temuramah terlebih dahulu diikuti adun UMNO dan kemudian dua bekas adun PKR. Setelah itu yang terakhir adalah empat adun Bersatu.

Ketua pembangkang negeri Adun Jeneri, Muhammad Sanusi Md Noor dilihat meninggalkan premis bangunan pada jam 10.38 pagi diikuti adun Kuala Nerang, Munir dan beberapa wakil rakyat PAS.

Manakala dua Adun yang meletakkan jawatan dari PKR, Adun Lunas, Azman Nasrudin dan Adun Sidam, Dr Robert Ling Kui Ee pula meninggalkan bangunan pada jam 11.10 pagi.

Kesemua mereka mengelak untuk bercakap dengan media berhubung temuramah tersebut.

Adalah difahamkan kesemua mereka diminta ‘mengunci mulut’ dan tidak dibenarkan untuk bercakap dengan media.

Menurut sumber The Star, Sultan Sallehuddin dijangka akan mengumumkan keputusan temuramahnya pada sebelah petang.

Sesi temuramah petang dijadualkan sekarang bermula 2 petang dan akan dihadiri oleh wakil rakyat Pakatan Harapan termasuk Menteri Besar, Mukhriz Mahathir.

Perikatan Nasional sebelum ini mendakwa Pakatan Harapan telah kehilangan majoriti setelah dua wakil rakyat PKR meletakkan jawatan dari PKR. Sementara 4 Adun Bersatu dilaporkan kini menyokong Perikatan Nasional.

Mukhriz kelmarin berkata beliau masih menteri besar Kedah dan kerajaan Pakatan Harapan masih beroperasi seperti biasa.   -Buletin TTKM-

 

Author: Buletin TTKM

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.