KUALA LUMPUR 17 Mei: Bukit Aman telah memulakan siasatan terhadap dakwaan rasuah melibatkan seorang bekas menteri kerajaan Pakatan Harapan terdahulu.
FMT melaporkan setiausaha politik bekas menteri tersebut turut ditahan untuk soal siasat oleh Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, diatas dakwaan rasuah yang melibatkan beberapa pemaju di ibu negara.
Laporan juga telah dibuat kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia.
Tambah laporan FMT yang memetik sumber sumber yang tidak dinyatakan, polis akan memanggil bekas menteri dan timbalan menteri, serta pegawai dari Dewan Bandara Kuala Lumpur berhubung kes ini.
Laporan lanjut menyusul. – Buletin TTKM-