Khalid Samad sahkan bekas setpol beliau ditahan.

Gambar FAIHAN GHANI/The Star.

Kuala Lumpur, 17 Mei: Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad mengesahkan bekas setiausaha politiknya, Azli Yusuf ditahan polis semalam dan kini sedang direman.

Khalid berkata, penahanan itu berdasarkan aduan daripada sebuah syarikat arkitek yang mendakwa menerima Arahan Pembangunan (Development Order) palsu daripada seorang “broker”.

Anggota Parlimen Shah Alam dari parti Amanah itu mendakwa broker berkenaan menggunakan nama Azli yang dikatakan telah mendapatkan DO berkenaan bagi pihaknya.

Walaubagaimanpun, beliau tidak boleh menceritakan hal tersebut dengan lebih terperinci kerana masih dalam siasatan polis.

“Saya tidak boleh menceritakan lebih dari itu kerana kes ini masih dalam siasatan polis.

“Saya diberitahu broker berkenaan telah menerima jutaan ringgit melalui kaedah jual nama (Azli) ini.

“Kepercayaan ‘cash is king’ memungkinkan broker berjaya. Broker kaya, yang nama dijual ter@niaya,”  – Khalid Samad

Beliau berkata demikian dalam dua ciapan di akaun twitternya sebentar tadi.

Terdahulu, FMT melaporkan Bukit Aman memulakan siasatan ke atas dakwaan r@suah membabitkan seorang bekas menteri di bawah kerajaan Pakatan Harapan.

FMT difahamkan, setiausaha politik menteri itu ditahan Jabatan Siasatan Jenayah di Kuala Lumpur untuk disoal siasat atas dakwaan rasuah membabitkan beberapa pemaju di ibu negara.

Satu laporan juga dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut sumber FMT yang tidak dinamakan, polis akan memanggil bekas menteri itu dan timbalannya tidak lama lagi, serta pegawai dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Hasil pemerhatian Buletin TTKM di laman web DBKL mendapati nama Azli Yusuf turut tersenarai sebagai salah seorang ahli lembaga penasihat DBKL.- Buletin TTKM-



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version