Mukhriz umum letak jawatan MB, dakwa Najib dalang sebenar jatuhkan beliau.

Alor Setar, 17 Mei: Dato Seri Mukhriz Mahathir hari ini mengumumkan peletakan jawatan beliau sebagai menteri besar Kedah berkuat kuasa serta-merta selepas tidak lagi memiliki sokongan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah.

Timbalan Presiden Bersatu itu berkata beliau sudah mengemukakan perkara itu kepada Sultan Kedah.

“Saya sudah sembah maklum kepada sultan atas sebab saya hilang majoriti, saya dengan ini meletak jawatan menteri besar berkuat kuasa serta merta,” -Dato Seri Mukhriz Mahathir

Tambahnya lagi, kejatuhan beliau walaupun mendapat arahan dari Tan Sri Muhyiddin Yassin, tetapi dalang sebenarnya adalah Dato Seri Najib Razak.

“Walaupun arahan untuk menjatuhkan saya di Kedah datang daripada presiden Bersatu (Muhyiddin) melalui Hamzah Zainuddin, tetapi protagonis sebenar masih orang yang sama dengan dulu iaitu Najib Razak.

“Tujuannya tidak lain tidak bukan semata-mata membebaskan dirinya daripada pertuduhan pecah amanah 1MDB, SRC International dan banyak lagi skandal mega yang mencemar nama baik Malaysia di persada dunia.

“Lihat saja apa sudah jadi pada kes pengubahan haram pada anak Rosmah Mansor iaitu Riza Aziz yang dilepaskan tanpa dibebaskan daripada pendakwaan jenayah itu,” – Dato Seri Mukhriz Mahathir

Pada tahun 2016, Mukhriz turut kehilangan jawatan yang sema ketika kemuncak skandal 1MDB.

Dalam sidang media yang sama, Mukhriz berkata terdapat dua sebab mengapa Muhyiddin menggulingkannya dan kerajaan PH Kedah iaitu kerana usul undi tidak percaya yang dikemukakan oleh ayahanda beliau, Dr Mahathir Mohamad, serta keputusannya untuk bertanding bagi jawatan presiden dalam pemilihan Bersatu akan datang.

“Umum juga mengetahui saya mencabar jawatan presiden bagi merebut presiden Bersatu dan ayahanda Dr Mahathir cabar dengan undi tidak percaya di Parlimen.

” Dua penyebab kenapa saya nak dijatuhkan sebagai menteri besar, jelas Muhyiddin di belakang,” 

“Saya langgar dia (Muhyiddin), dia tak berapa yakin maka ambil tindakan drastik cari cara nak gulingkan saya sebagai menteri besar…Saya mampu jatuhkan dia sebagai presiden parti,” – Dato Seri Mukhriz Mahathir

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Wisma Darul Aman, Kedah, hari ini. -Buletin TTKM-

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.