
Kuala Lumpur, 17 Mei : Bekas perdana menteri, Dato Seri Najib Razak hari ini mempersoalkan dakwaan bekas menteri besar Kedah, Dato Seri Mukhriz Mahathir yang berkata beliau merupakan dalang menyebabkan anak bekas perdana menteri ke empat dan ke tujuh itu tersingkir buat kali kedua.
Tambah Najib, semenjak Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan, beliau cuma menghabiskan masanya di rumah dengan bermain facebook, kucing dan memakan keropok super ring.

“Sebab apa saya disalahkan apabila pemuda ini hilang kerja? Sejak PKP bermula, saya cuma #stayathome main FB, main kucing dan makan super ring.” – Dato Seri Najib Razak

Najib turut meminta Mukhriz supaya mengeluarkan bukti bahawa beliau terlibat dalam hal itu.
“Pemuda ini ada bukti tak bahawa saya terlibat? Sila keluarkan. Dalam bulan Ramadhan ni pun dia sanggup berb0hong macam ni.” – Dato Seri Najib Razak
Najib berkata demikian di laman facebooknya tengah hari tadi.
Pagi tadi, sewaktu mengumumkan peletakan jawatan sebagai menteri besar, Dato Seri Mukhriz mendakwa kejatuhan beliau walaupun mendapat arahan dari Tan Sri Muhyiddin Yassin, tetapi dalang sebenarnya adalah Dato Seri Najib Razak.
“Walaupun arahan untuk menjatuhkan saya di Kedah datang daripada presiden Bersatu (Muhyiddin) melalui Hamzah Zainuddin, tetapi protagonis sebenar masih orang yang sama dengan dulu iaitu Najib Razak.
“Tujuannya tidak lain tidak bukan semata-mata membebaskan dirinya daripada pertuduhan pecah amanah 1MDB, SRC International dan banyak lagi skandal mega yang mencem@r nama baik Malaysia di persada dunia.
“Lihat saja apa sudah jadi pada kes pengubahan h@ram pada anak Rosmah Mansor iaitu Riza Aziz yang dilepaskan tanpa dibebaskan daripada pendakwaan jen@yah itu,” – Dato Seri Mukhriz Mahathir
Leave a Reply