Ini sebab saya keluar PKR.. – Bekas ketua Srikandi PKR

Kenyataan Akhbar.
Saya telah mengambil keputusan meletak jawatan dan keluar sebagai anggota Parti Keadilan Rakyat.

Keputusan ini diambil kerana saya tidak lagi ada keyakinan dan kepercayaan kepada idealisme perjuangan serta halatuju parti pada hari ini.
Justeru, saya juga meletakkan jawatan selaku Ahli Majlis Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Keputusan ini diambil atas prinsip bahawa jawatan ini adalah atas kapasiti saya selaku anggota Parti Keadilan Rakyat.
Saya ingin merakamkan ucapan penghargaan kcpada anggota KEADILAN yang memberi mandat kepada saya sebagai EXCO Majlis Pimpinan Wanita Pusat yang menang pada Pcmilihan KEADILAN lalu, YAB Dato Menteri Besar Selangor dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya kerana telah memberikan kepercayaan dan kerjasama sepanjang saya menjadi anggota KEADILAN dan Ahli Majlis MBPJ.
Saya berikrar untuk terus berkhidmat kepada rakyat dan negara melalui platform saya yang sedia ada serta memberi sepenuh komitmen terhadap usaha membantu golongan yang memerlukan melalui kapasiti saya sebagai seorang peguam.

Prinsip ini telah saya junjung sejak saya menjadi scorang aktivis bermula di Universiti dan kemudian menubuhkan pelbagai platforrn NGO yang aktif sehingga kini.
Terima kasih.
Nurainie Haziqah Shafii

MantanAhli Majlis MBPJ

Mantan EXCO Majlis Pimpinan Wanita KEADILAN Pusat

Mantan Ketua Srikandi KEADILAN Pusat

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.