Astro Awani mohon maaf.

Kuala Lumpur 19 Mei : Astro Awani memohon maaf diatas rerayap “Terkini”  stesen televisyen tersebut yang memetik kenyataan Tun Dr Mahathir ketika  siaran titah di raja Yang Di Pertuan Agong.

Tindakan Astro Awani itu dikritik warga net kerana dilihat tidak menghormati titah Agong.

Menurut hantaran di laman facebooknya, Astro Awani berkata ia merupakan rerayap yang ditayangkan ketika siaran ulangan yang merujuk kepada Sidang Media Tun Dr Mahathir Mohamad yang berlangsung selepas Agong selesai melakukan titah.

“Astro AWANI ingin memohon maaf sekiranya timbul kekeliruan atas apa yang berlaku dan rerayap berkenaan bukan bertujuan menghina mana-mana pihak.” – Astro Awani

Buletin TTKM mendapati rerayap yang dipaparkan ketika siaran ulangan rakaman Titah Diraja itu antaranya adalah

  • Tun M: Kepimpinan tertinggi Bersatu tidak pernah buat keputusan keluar dari Pakatan Harapan
  • Jelas Tun M, Tan Sri Muhyidin buat keputusan keluar PH tanpa kelulusan Majlis Tertinggi Bersatu.
  • Pakatan Harapan menang PRU-14 dengan janji untuk hapuskan kleptokrasi.
  • Tun M : Bersatu ditupuhkan untuk melawan Kleptokrasi.
  • Keputusan bekerjasama dengan Perikatan Nasional membelakangkan Parti- Tun M
  • Tetapi ada pihak cuba menjadikan golongan kleptokrasi sebagai kerajaan – Tun M
  • Tan Sri Muhyiddin buat keputusan sendiri sertai Perikatan Nasional tanpa rujuk parti.
  • Tun M : Kepimpinan tertinggi Bersatu tidak pernah buat keputusan keluar dari Pakatan Harapan.

This slideshow requires JavaScript.

Yang DiPertuan Agong dalam titahnya menyeru ahli politik supaya tidak mengheret negara ke kancah politik yang tidak menentu ketika negara dan rakyat sedang melawan pandemik Covid-19.

“Beta ingin menasihatkan supaya tidak mengheret negara sekali lagi ke kancah politik yang tidak menentu ketika rakyat jelata masih berhadapan dengan pelbagai masalah dan masa depan yang cukup sukar akibat pandemik Covid-19.

“Kerana itulah kerajaan beta juga telah memutuskan majlis mesyuarat pertama yang berlangsung pada hari ini hanya mempunyai satu urusan majlis sahaja iaitu titah beta sempena pembukaan penggal Parlimen yang baru ini,”

Baginda turut menceritakan kronologi pelantikan Muhyiddin Yasin sebagai perdana menteri ke lapan yang bermula dengan peletakan jawatan Tun Dr Mahathir.

Pada 24 Feb 2020 yang lalu, naratif landskap politik negara telah sekali lagi digegarkan menerusi peletakan jawatan perdana menteri Malaysia yang ke 7.

Sekitar jam 5 petang pada hari yang sama, beta telah terima perkenan menerima mengadap YAB Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam pertemuan tersebut, beta telah meminta YAB Tun Dr Mahathir Mohamad supaya tidak meletak jawatan, namun beliau tetap dengan keputusannya. – Titah Yang Dipertuan Agong

Titah diraja itu disiarkan secara langsung di televisyen. -Buletin TTKM-

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.