“Hari ini kita keluar Pakatan Harapan!” – Rakaman suara mirip Tun tersebar

Kuala Lumpur, 19 Mei: Rakaman suara yang dikatakan berlangsung ketika mesyuarat Majlis Tertinggi Bersatu pada 23 Februari 2020 sebelum parti itu keluar Pakatan Harapan (PH), kini tular di media sosial.

Dalam rakaman yang berdurasi 1 minit 50 saat  itu, suara lelaki yang mirip dengan pengerusi  parti PPBM, Tun Dr Mahathir memberitahu  mesyuarat bahawa terdapat dua pilihan yang boleh dipilih PPBM, dimana yang pertama adalah keluar dari Pakatan Harapan dengan segera, manakala satu cadangan lagi oleh beliau adalah supaya mengambil sikap tunggu dahulu dengan melakukan fikiran mendalam.

“Jadi saya nak balik kepada keputusan. Tadi kita ada bincang banyak.
Saya ingat semua apa yang duk ulang-ulang dah.

La ni ada satu cadangan iaitu kita keluar dari Pakatan Harapan.

Satu cadangan lagi yang datang daripada saya ialah  kita tunggu, fikir dengan mendalam. Atau patut ikut yang lain.

Jadi saya nak tahu,  sama ada kita nak kata kita keluar sekarang ini ataupun kita nak bagi masa sedikit kerana pada saya the support from UMNO ini is so fickle, that kalau bagi masa sikita  saja dia nanti suka kat saya. “

Tambah suara lelaki mirip suara Tun Dr Mahathir itu lagi, tiada kelainan di antara beliau dan ahli-ahli mesyuarat iaitu kesemua mereka tidak suka kepada DAP dan Dato Seri Anwar Ibrahim.

Jadi, kita tak ada kelainan, cumanya saya pun tak suka
kepada DAP. Tak suka kepada Anwar, yang lain semua pun macam itu.

Di akhir rakaman audio itu, lelaki tersebut kemudian kemudian mendapat persetujuan ahli mesyuarat untuk mengambil tindakan keluar dari Pakatan Harapan pada hari tersebut juga.

“Tapi itu soal masa saja. Nak kita tentukan masa, ataupun kita ambil tindakan hari ini. Kalau kata hari ini, OK, hari ini kita keluar daripada Pakatan Harapan. “

 

Rakaman audio ini mengesahkan dakwaan ketua penerangan Bersatu, Radzi Jidin yang berkata bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad turut bersama dalam usaha membawa Bersatu keluar dari Pakatan Harapan.

Tambah Radzi, Dr Mahathir cuma mengubah fikiran pada saat-saat akhir.

“Saya juga ingin menjelaskan kepada ahli-ahli Bersatu bahawa perancangan untuk membawa Bersatu keluar dari PH dan membentuk sebuah gabungan politik baru diketahui dan disokong oleh Tun (Dr Mahathir) sendiri.

“Hanya di saat-saat akhir di mana perancangan ini sepatutnya dilaksanakan, Tun mempunyai pendirian yang berbeza dengan pendirian parti,” 

Terdahulu, seramai 27 pimpinan Bersatu termasuk 14 ahli majlis pimpinan tertinggi hari ini mengeluarkan kenyataan menegaskan bahawa mesyuarat MPT Bersatu pada  23 Februari telah membuat keputusan untuk keluar dari Pakatan Harapan dan membentuk sebuah gabungan baharu dengan parti-parti politik lain di luar PH.

Tambah kenyataan itu lagi , mereka sepenuhnya menyokong kerajaan Perikatan Nasional dan kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yasin.

“Kami juga menyokong sepenuhnya penubuhan Perikatan Nasional sebagai sebuah gabungan parti-parti politik dengan matlamat dan tujuan terkandung dalam memorandum Persefahaman Perikatan Nasional. Demi Kesejahteraan rakyat dan kestabilan politik negara, kami bersetuju Bersatu menyertai Perikatan Nasional.

Kami juga ingin menyatakan sokongan tidak berbelah bagahi kepada kerajaan Perikatan Nasional  di bawah kepimpinan YAB Tan Sri Muhyiddin hj Mohd Yassin, Presiden Bersatu. “

Kenyataan bersama 27 pimpinan Bersatu ini memberikan tamparan hebat kepada pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana semalam beliau berkata parti itu masih sebahagian dalam PH dan akan kekal dalam gabungan itu selagi Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) tidak membuat keputusan sebaliknya. – Buletin TTKM-

 

 

 

 

 

 

1 Comment

  1. Heret Parlimen Undi Tidak Percaya ?? Jika berjaya, Kerajaan tumbang & PRU !! PM sementara … Kempen Politik …
    sibuk pasang bendera zon merah, hitam unggu dll. Berpusu2 mengundi & mcm2 lagi.
    HABIS RAKYAT kena CORONA Virus !! JANJI DAPAT JAWATAN, PANGKAT & KUASA !!

    Sura 11:15-16
    Sesiapa yang usahanya semata­2 brkehendakkn kehidupan dunia & perhiasannya ,
    maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia & mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya .
    Merekalah org2 yg tiada baginya pada hari akhirat melainkan API NERAKA …

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.