“Keputusan keluar PH jelas, tak perlu pertikai”: 27 pimpinan Bersatu keluarkan kenyataan bersama

Petaling Jaya, 19 Mei: Seramai 27 pimpinan Bersatu termasuk 14 ahli majlis pimpinan tertinggi hari ini mengeluarkan kenyataan menegaskan bahawa mesyuarat MPT Bersatu pada  23 Februari telah membuat keputusan untuk keluar dari Pakatan Harapan dan membentuk sebuah gabungan baharu dengan parti-parti politik lain di luar PH.

Tambah kenyataan itu lagi , mereka sepenuhnya menyokong kerajaan Perikatan Nasional dan kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yasin.

“Kami juga menyokong sepenuhnya penubuhan Perikatan Nasional sebagai sebuah gabungan parti-parti politik dengan matlamat dan tujuan terkandung dalam memorandum Persefahaman Perikatan Nasional. Demi Kesejahteraan rakyat dan kestabilan politik negara, kami bersetuju Bersatu menyertai Perikatan Nasional.

Kami juga ingin menyatakan sokongan tidak berbelah bagahi kepada kerajaan Perikatan Nasional  di bawah kepimpinan YAB Tan Sri Muhyiddin hj Mohd Yassin, Presiden Bersatu. “

Kenyataan bersama 27 pimpinan Bersatu ini memberikan tamparan hebat kepada pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana semalam beliau berkata parti itu masih sebahagian dalam PH dan akan kekal dalam gabungan itu selagi Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) tidak membuat keputusan sebaliknya.

Katanya lagi, Muhyiddin juga menyertai Perikatan Nasional, sebuah gabungan longgar untuk menubuhkan kerajaan baru, tanpa kelulusan parti.

“Pertamanya, MPT Bersatu tak pernah buat keputusan untuk keluar daripada PH. Seperti yang kita semua tahu, dalam rakaman (audio) Muhyiddin beri seminggu kepada saya untuk buat keputusan.

“Tetapi sebelum genap seminggu, dia ambil tindakan seolah-olah dia tiada alam PH lagi. Ini bertentangan dengan perlembagaan parti.

“Kita juga dapati bahawa dia buat keputusan tanpa kelulusan MPT dan hari ini diisytiharkan bahawa dia sudah jadi sebahagian daripada PN, yang sebelum ini Umno kata tiada (gabungan) PN.

“Jadi apa yang berlaku ialah Muhyiddin telah menyertai PN sebelum ia ditubuhkan, dan ia dibuat tanpa sebarang keputusan daripada MPT Bersatu,” 

-Tun Dr Mahathir

Kenyataan penuh dan senarai 27 pimpinan Bersatu:

WhatsApp Image 2020-05-19 at 3.00.13 PM

WhatsApp Image 2020-05-19 at 3.00.13 PM (1)

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.