Laporan polis dibuat terhadap Dr Xavier

Kuala Lumpur, 19 Mei: PARTI Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Wangsa Maju membuat laporan polis ke atas ahli parlimen PKR Kuala Langat Datuk Dr Xavier Jayakumar susulan kenyataan video beliau yang tular di media sosial yang menyifatkan persidangan parlimen semalam sebagai sampah dan tidak berguna.

Ketuanya, Mohammed Ridzal Kamal Ghazalee berkata, kenyataan bekas Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli  itu adalah satu penghinaan kepada institusi diraja di negara ini dan tidak wajar mana-mana ahli politik mempertikaikan keputusan untuk parlimen bersidang seperti yang berlangsung semalam, lapor Harian Metro.

Katanya, penjelasan Yang di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustaffa Billah Shah mengenai krisis politik yang berlaku adalah amat jelas dan perlu dihormati oleh semua ahli dewan rakyat.

“Tindakan Dr Xavier jelas menunjukkan yang beliau bukan saja menghina sistem Raja Berperlembagaan di negara ini malahan mempersoalkan keputusan Yang di-Pertuan Agong yang berkenan memilih pucuk pimpinan Perikatan Nasional (PN) dibawah pentadbiran Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Pakatan Harapan (PH) yang kini berada di blok pembangkang dalam sidang dewan rakyat di parlimen perlu menerima hakikat sekali gus meraikan demokrasi sebagai yang diamalkan sejak sekian lama di negara ini,”

Semalam, Buletin TTKM melaporkan petikan kenyataan Dr Xavier menerusi menerusi satu video yang menyifatkan persidangan parlimen sebagai sampah dan tidak berguna.

“..but this government, today, this parliament will be rubbish, this parliament this sitting will be worthless. We are going to be there for only one hour, to just to hear YDP Agong speech and after that we are told to go back home.” – Dr Xavier Jayakumar.

Terjemahan:

“..tetapi kerajaan ini, hari ini, parlimen ini akan jadi sampah, sidang parlimen ini akan jadi tidak berguna. Kami akan berada di sana cuma satu jam, untuk mendengar titah Yang Di Pertuan Agong dan selepas itu kami diberitahu untuk pulang ke rumah”

Kerana menerima kec@man teruk dari warga net, Dr Xavier kemudian berkongsikan terjemahan transkrip ucapan beliau.

tangkap layar1

Walau bagaimanapun, Buletin TTKM mendapati transkrip tersebut tidak menyertakan perkataan s@mpah(rubb1sh) yang diucapkan beliau, sebaliknya ia ditukarkan kepada ‘tidak berjalan seperti biasa’. Manakala perkataan ‘worthless’ diterjemahkan kepada ‘telah hilang maknanya’ dengan menambah ayat hanya untuk formaliti’. Tidak cukup dengan itu, terdapat juga ayat yang tidak diucapkan beliau turut disertakan dalam transkrip iaitu “Persidangan parlimen ini tidak dapat menjalankan fungsinya.” Selain itu, perkataan l@nun  pula diterjemahkan kepada peny@ngak.

Transkrip asal dalam bahasa inggeris #1:

“but this government, today, this parliament will be rubbish” 

Terjemahan Friends of Dr Xavier:

kerajaan telah memastikan persidangan Parlimen pada hari ini tidak berjalan seperti biasa”

Transkrip asal dalam bahasa inggeris #2:

“this parliament, this sitting will be worthless.”

Terjemahan Friends of Dr Xavier:

“Persidangan” Parlimen ini telah hilang maknanya, dan hanya untuk formaliti. Persidangan parlimen ini tidak dapat menjalankan fungsinya.”

Transkrip asal dalam bahasa inggeris #3:

“This charade being played by a bunch of tr@itors and pir@tes.” 

Terjemahan Friends of Dr Xavier:

Ini adalah perkara yang dipermainkan oleh pengkhi@nat dan peny@ngak”

4 (1)
Pendapatan Xavier sebagai menteri dan ahli parlimen kerajaan PH dulu adalah RM53k sebulan.

Sidang parlimen diadakan semalam  hanya mengandungi Titah Diraja saja sebagai urusan mesyuarat manakala sesi perbahasan seterusnya akan diadakan pada bulan Julai. – Buletin TTKM-

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.