Xavier kongsikan transkrip terjemahan video, perkataan parlimen ‘sampah’ dibuang.

Kuala Lumpur, 19 Mei : Ahli parlimen PKR Kuala Langat, Dato’ Dr. Xavier Jayakumar berkongsikan transkrip terjemahan video ucapan beliau dalam bahasa Inggeris semalam yang tular di media sosial.

Tangkap layar laman FB Xavier berkongsikan hantaran Friends of Dr Xavier

Walau bagaimanapun, Buletin TTKM mendapati transkrip tersebut tidak menyertakan perkataan s@mpah (rubb1sh) yang diucapkan beliau, sebaliknya ia ditukarkan kepada ‘tidak berjalan seperti biasa’. Manakala perkataan ‘worthless’ diterjemahkan kepada ‘telah hilang maknanya’ dengan menambah ayat hanya untuk formaliti’. Tidak cukup dengan itu, terdapat juga ayat yang tidak diucapkan beliau turut disertakan dalam transkrip iaitu “Persidangan parlimen ini tidak dapat menjalankan fungsinya.” Selain itu, perkataan l@nun  pula diterjemahkan kepada peny@ngak.

Transkrip asal dalam bahasa inggeris #1:

“but this government, today, this parliament will be rubbish” 

Terjemahan Friends of Dr Xavier:

kerajaan telah memastikan persidangan Parlimen pada hari ini tidak berjalan seperti biasa”

Transkrip asal dalam bahasa inggeris #2:

“this parliament, this sitting will be worthless.”

Terjemahan Friends of Dr Xavier:

“Persidangan” Parlimen ini telah hilang maknanya, dan hanya untuk formaliti. Persidangan parlimen ini tidak dapat menjalankan fungsinya.”

Transkrip asal dalam bahasa inggeris #3:

“This charade being played by a bunch of tr@itors and pir@tes.” 

Terjemahan Friends of Dr Xavier:

Ini adalah perkara yang dipermainkan oleh pengkhi@nat dan peny@ngak”

Ayat penuh pada saat ke 14 video beliau, :

“..but this government, today, this parliament will be rubbish, this parliament this sitting will be worthless. We are going to be there for only one hour, to just to hear YDP Agong speech and after that we are told to go back home.” – Dr Xavier Jayakumar.

Terjemahan transkrip yang dikongsikan Xavier Jayakumar melalui laman facebook Friends of Dr Xavier itu adalah seperti berikut:

“Namun, kerajaan telah memastikan persidangan Parlimen pada hari ini tidak berjalan seperti biasa. “Persidangan” Parlimen ini telah hilang maknanya, dan hanya untuk formaliti. Persidangan parlimen ini tidak dapat menjalankan fungsinya.Kami hanya berada disana untuk satu jam untuk mendengar Titah Diraja dan selepas titah baginda, kita disuruh untuk pulang ke rumah. “ – terjemahan laman FB Friends of Dr Xavier

Semalam, Xavier Jayakumar dikritik warga net gara-gara ucapan beliau dalam video tersebut yang didakwa tidak menghormati institusi raja berperlembagaan.

Berikut kami kongsikan transkrip penuh terjemahan ucapan Xavier menurut laman FB Friends of Dr Xavier yang dikongsikan ahli parlimen PKR itu:

Selamat pagi semua.

Selepas 6 bulan, saya kembali ke Parlimen.

Anda semua telah memilih kami sebagai wakil rakyat ke Parlimen.

Kami adalah suara untuk semak dan imbang kepada kerajaan.

Namun, kerajaan telah memastikan persidangan Parlimen pada hari ini tidak berjalan seperti biasa. “Persidangan” Parlimen ini telah hilang maknanya, dan hanya untuk formaliti.

Persidangan parlimen ini tidak dapat menjalankan fungsinya.

Kami hanya berada disana untuk satu jam untuk mendengar Titah Diraja dan selepas titah baginda, kita disuruh untuk pulang ke rumah. Alasan yang diberi adalah untuk menjaga daripada wabak Covid-19.

Tetapi kisah sebenarnya, tuan-tuan dan puan-puan adalah kerajaan ini takut menghadapi kami semua. Mereka takut akan ada undi tidak percaya oleh YB Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad. Ini lah punca dan sebab mereka berbuat demikian, tiada sebab lain.

Ini adalah perkara yang dipermainkan oleh pengkhianat dan penyangak; sebuah kerajaan yang tidak dipilih oleh rakyat.

Yang mana telah mengambil alih kerajaan dengan cara tidak betul untuk menjaga kepentingan mereka dan bagi sesetengah mereka, untuk menyelamatkan diri daripada di dakwa. Mereka tidak patut dibiar lepas.

Namun begitu, nampaknya tahap demokrasi di Malaysia pada hari ini.

Rakyat telah memilih kami untuk menjadi agen semak dan imbang. Memilih kami untuk bertanya soalan di parlimen. Itu apa yang kami inginkan.

Pakej rangsangan RM 280 billion ini tidak diiktiraf oleh parlimen dan kerajaan masih menggunakan duit rakyat itu.

Kami bukan tidak setuju dengannya dan kami akan memberi sokongan tetapi kami ingin mendengar ulasan kerajaan dan mendapatkan maklumat terperinci serta bertanya soalan mengenainya.

Pihak industri dan rakyat telah meluahkan persoalan mereka dan sebagai wakil rakyat , kami ingin perkara ini dibentangkan di Parlimen.

Mungkin ianya memerlukan perubahan. Mungkin lebih input diperlukan jua. Itu yang kami inginkan. Akan tetapi, pembentangan usul perkara ini pun tidak dibenarkan. Alasan diberi wabak Covid-19 tetapi PKP telah dilonggarkan dan rakyat jelata dibenarkan bergerak ke sana ke sini.

Terbuktinya kerajaan ini di bawah pengepungan. Kerajaan ini tidak mempunyai keyakinan dalam Dewat Rakyat. Kami hanya ingin menunjukkan kepada rakyat yang kerajaan ini mempunyai keyakinan dalam Dewan.

Tuan-tuan dan puan-puan, saya ke parlimen hari ini dengan berat hatinya.

Saya merupakan mantan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli. Kami tahu bagaimana kerajaan berfungsi, kami tahu bagaimana pejawat awam berfungsi. Mereka semua adalah rakyat yang rajin dan bekerja keras.

Tetapi adanya mereka yang menjawat jawatan tinggi dan melakukan perkara yang tidak munasabah dan memberi ganjaran kepada mereka yang menyokong Perdana Menteri. Ini tidak pernah berlaku dalam negara kita.

Kami menyeru kepada anda semua untuk bersama dengan kami, untuk memahami apa perkara yang kami ingin lakukan untuk masa depan negara ini, untuk anak dan cucu anda semua.

Sekian, terima kasih.

-Terjemahan oleh Friends of Dr Xavier

-Buletin TTKM-

 



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version