Bantuan khas RM500 kepada kakitangan KTMB sempena Aidilfitri – Wee Ka Siong

KENYATAAN MEDIA
MENTERI PENGANGKUTAN
20 MEI 2020

BANTUAN KHAS RM500 KEPADA KAKITANGAN KTMB SEMPENA PERAYAAN AIDILFITRI

Kerajaan bersetuju untuk menyalurkan pembayaran bantuan kewangan khas tahun 2020 kepada 6,000 kakitangan Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) berjumlah RM500 secara sekali bayaran atau ‘one-off’.

Pembayaran ini akan dimasukkan secara terus ke dalam akaun bank kakitangan KTMB mulai 21 Mei 2020 bersama dengan bayaran gaji untuk bulan Mei 2020.

Kementerian sememangnya peka dan prihatin dengan nasib yang menimpa warga KTMB ketika ini tambahan pula terpaksa berdepan dengan cabaran akibat pandemik COVID-19.

Diharapkan pembayaran bantuan RM500 ini sedikit sebanyak dapat menceriakan warga KTMB khususnya bagi meraikan hari perayaan Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.

DATUK SERI IR. DR. WEE KA SIONG
MENTERI PENGANGKUTAN MALAYSIA
20 MEI 2020

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.