Bukit Aman siasat kenyataan Dr Xavier, 33 laporan polis dibuat terhadap beliau setakat ini.

Kuala Lumpur, 20 Mei: Polis Diraja Malaysia akan memanggil Ahli Parlimen Kuala Langat Dr Xavier Jayakumar susulan kenyataannya yang didakwa berunsur hasutan dan provokasi terhadap sidang Parlimen yang berlangsung Isnin lepas.

Bernama memetik Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, DCP Mior Faridalathrash Wahid sebagai berkata bekas menteri air, tanah dan sumber asli itu akan dipanggil dalam masa terdekat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1)Akta H@sutan 1948 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Setakat ini, kita sudah menerima 33 laporan seluruh negara berhubung dakwaan itu dan siasatan sedang dijalankan,”  – DCP Mior Faridalathrash Wahid

Pada Isnin lepas, menerusi satu video berdurasi selama hampir tiga minit yang dinaikkan di laman facebooknya, Ahli Parlimen Kuala Langat itu menyifatkan  sidang parlimen tempoh hari adalah sampah dan tidak berguna.

“..but this government, today, this parliament will be rubbish, this parliament this sitting will be worthless. We are going to be there for only one hour, to just to hear YDP Agong speech and after that we are told to go back home.” – Dr Xavier Jayakumar.

Terjemahan:

“..tetapi kerajaan ini, hari ini, parlimen ini akan jadi sampah, sidang parlimen ini akan jadi tidak berguna. Kami akan berada di sana cuma satu jam, untuk mendengar titah Yang Di Pertuan Agong dan selepas itu kami diberitahu untuk pulang ke rumah”

Kerana menerima kec@man teruk dari warga net, Dr Xavier kemudian berkongsikan terjemahan transkrip ucapan beliau.

tangkap layar1

Walau bagaimanapun, Buletin TTKM mendapati transkrip tersebut tidak menyertakan perkataan s@mpah(rubb1sh) yang diucapkan beliau, sebaliknya ia ditukarkan kepada ‘tidak berjalan seperti biasa’. Manakala perkataan ‘worthless’ diterjemahkan kepada ‘telah hilang maknanya’ dengan menambah ayat hanya untuk formaliti’. Tidak cukup dengan itu, terdapat juga ayat yang tidak diucapkan beliau turut disertakan dalam transkrip iaitu “Persidangan parlimen ini tidak dapat menjalankan fungsinya.” Selain itu, perkataan l@nun  pula diterjemahkan kepada peny@ngak. – Buletin TTKM

Suka dengan laporan Buletin TTKM? Teruskan memberi sokongan supaya kami dapat terus beroperasi dan melaporkan dengan bebas. Sumbangan boleh dihulurkan melalui: 

Akaun Bank : TTKM Enterprise ( CIMB BANK)

No akaun : 8603355994

 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.