“Klip suara saya disunting, saya tolak khianat mandat rakyat” – Tun

Kuala Lumpur, 20 Mei : Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa rakaman suara beliau yang tular di media sosial sejak semalam adalah jelas disunting oleh mereka yang berniat jahat.

Beliau turut mencabar mereka yang menyebarkan rakaman suara itu supaya mengeluarkan rakaman penuh Mesyuarat MPT pada 23 Februari lepas itu.

Saya kekal setia bersama rakan-rakan yang berjuang dengan saya sebelum PRU-14.

Kalau betul saya mahu mengkhianati mandat rakyat, saya boleh lakukan dahulu apabila dicalonkan sebagai Perdana menteri Perikatan Nasional. Saya tolak. Susah dan senang, kita bersama”- Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam rakaman yang berdurasi 1 minit 50 saat yang tular semalam, suara lelaki yang mirip dengan pengerusi parti PPBM, Tun Dr Mahathir memberitahu mesyuarat bahawa terdapat dua pilihan yang boleh dipilih PPBM, dimana yang pertama adalah keluar dari Pakatan Harapan dengan segera, manakala satu cadangan lagi oleh beliau adalah supaya mengambil sikap tunggu dahulu dengan melakukan fikiran mendalam.

Jadi saya nak balik kepada keputusan. Tadi kita ada bincang banyak.
Saya ingat semua apa yang duk ulang-ulang dah.

La ni ada satu cadangan iaitu kita keluar dari Pakatan Harapan.

Satu cadangan lagi yang datang daripada saya ialah kita tunggu, fikir dengan mendalam. Atau patut ikut yang lain.

Jadi saya nak tahu, sama ada kita nak kata kita keluar sekarang ini ataupun kita nak bagi masa sedikit kerana pada saya the support from UMNO ini is so fickle, that kalau bagi masa sikita saja dia nanti suka kat saya. “

Tambah suara lelaki mirip suara Tun Dr Mahathir itu lagi, tiada kelainan di antara beliau dan ahli-ahli mesyuarat iaitu kesemua mereka tidak suka kepada DAP dan Dato Seri Anwar Ibrahim.

Jadi, kita tak ada kelainan,

cumanya saya pun tak suka
kepada DAP. Tak suka kepada Anwar, yang lain semua pun macam itu.

Di akhir rakaman audio itu, lelaki tersebut kemudian kemudian mendapat persetujuan ahli mesyuarat untuk mengambil tindakan keluar dari Pakatan Harapan pada hari tersebut juga.

Tapi itu soal masa saja. Nak kita tentukan masa, ataupun kita ambil tindakan hari ini. Kalau kata hari ini, OK, hari ini kita keluar daripada Pakatan Harapan. “

Rakaman audio semalam mengesahkan dakwaan ketua penerangan Bersatu, Radzi Jidin yang berkata bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad turut bersama dalam usaha membawa Bersatu keluar dari Pakatan Harapan.

Tambah Radzi, Dr Mahathir cuma mengubah fikiran pada saat-saat akhir.

“Saya juga ingin menjelaskan kepada ahli-ahli Bersatu bahawa perancangan untuk membawa Bersatu keluar dari PH dan membentuk sebuah gabungan politik baru diketahui dan disokong oleh Tun (Dr Mahathir) sendiri.

“Hanya di saat-saat akhir di mana perancangan ini sepatutnya dilaksanakan, Tun mempunyai pendirian yang berbeza dengan pendirian parti,”

-Buletin TTKM-

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.