“Bagaimana Najib ada gambar saya dengan broker? Mungkin broker geng dia?” – Khalid Samad

Shah Alam, 27 Mei: Bekas menteri Wilayah Persekutuan merangkap ahli parlimen Amanah Shah Alam, Khalid Abdul Samad berasa pelik dan hairan bagaimana Datuk Seri Najib Razak ada gambar beliau bersama “broker” yang dituduh itu, sedangkan beliau tidak memiliki gambar tersebut sambil tidak menolak kemungkinan datuk broker tersebut adalah geng Datuk Seri Najib.

Tapi yang saya pelik adalah gambar datuk (broker)  itu dan isterinya ada pada DS Najib dan dia tweet gambar dato tu dan dia kenal datok broker itu. Inilah orangnya, yang dikatakan broker. Itu hairan saya. Gambar-gambar yang saya pun tak ada, yang dia datang majlis raya saya di Shah Alam, yang gambar dia tunggu dia tunggu saya keluar masuk kereta yang saya tak tahu di mana, itu pun ada pada Najib. Pelik betul saya. Mungkin geng dia la kot. – Khalid Abdul Samad

Najib sebelum ini mendedahkan beberapa gambar Khalid bersama broker yang dituduh dalam aktiviti rasuah itu namun dinafikan pemimpin Amanah itu.

Mengulas kenyataan Khalid Samad itu, Najib Razak mempersoalkan pula Khalid sama ada beliau, anaknya, serta setiausaha politiknya ada bermesyuarat  dan makan bersama pemaju yang pernah membayar wang berjuta ringgit kepada broker tersebut.

“Lid akhirnya mengaku gambar-gambar membuktikan dia dan anak dia mesra dengan broker yang saya post adalah tulen walaupun pada mulanya Lid kata dia tak rapat dengan broker tersebut. Logik Lid: “Oleh sebab Najib post gambar-gambar itu maka Najib kenal broker dan broker itu adalah orang Najib.” Tak apa. Saya beri soalan tambahan pada Lid:

“Pernahkah Lid, anak Lid dan setiausaha politik Lid bermesyuarat, melawat atau bermakan bersama developer-developer yang pernah bayar wang berjuta-juta kepada broker itu?” Jawab-lah.” – Najib Razak. 

Pada sidang media yang sama, Khalid berkata beliau sehingga kini belum dipanggil untuk diambil keterangan oleh polis susulan aduan sebuah syarikat arkitek berhubung dakwaan rasuah.

Katanya, berdasarkan siasatan sehingga membawa kepada penahanan setiausaha politiknya dan beberapa individu lain, namanya tidak disebut terbabit dalam kes rasuah tersebut.

“Saya belum di panggil, tapi dalam siasatan mengikut setiausaha politik saya, nama saya tidak disebut dalam kes ini,”  -Khalid Samad

Khalid sekali lagi menegaskan isu itu berlaku apabila syarikat arkitek berkenaan diberikan perintah pembangunan (DO) palsu oleh seorang “broker” yang menerima bayaran selepas menjaja nama bekas pembantunya yang dikenalinya sebagai “Haji Azli” atau nama sebenar Azli Yusuf. – Buletin TTKM-

 

 

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.