“Mall boleh ikut SOP, kenapa masjid tidak?” – Fuziah persoal kerajaan.

Kuantan, 27 Mei : Bekas timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) merangkap Ahli Parlimen PKR Kuantan, Fuziah Salleh mempersoalkan kenapa kerajaan tidak membuka masjid dengan mengikut SOP seperti mana pusat membeli belah dibuka.

“Bukankah solat itu sendiri mengajar kita berdisiplin? Maka tentu sekali boleh berdisiplin sekiranya solat di masjid! Di pusat membeli belah boleh sahaja ikut SOP. Kenapa tidak di masjid? Come on Perikatan Nasional!” – Fuziah Salleh

Beliau berkata demikian di akaun facebooknya sebentar tadi.

Walau bagaimanapun, tidak sampai 10 minit status itu dinaikkan, Buletin TTKM mendapati kini ia tidak dapat lagi diakses dipercayai dipadamkan.

FUZIAH1
Tangkap layar status Fuziah.
fuziah bengong
Pautan kepada status Fuziah Salleh dipadamkan.

Solat berjemaah di masjid dan surau tidak dibenarkan sejak Perintah Kawalan Pergerakan PKP diperkenalkan pada pertengahan 18 Mac bagi membendung penularan wabak covid-19.

Pada 14 Mei lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata semua masjid, surau Jumaat dan surau terpilih di zon hijau di Wilayah Persekutuan boleh mendirikan solat Jumaat, solat berjemaah setiap waktu dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan mengikut peraturan tertentu antaranya bilangan jemaah bagi solat Jumaat tidak lebih dari 30 orang manakala  lain-lain solat berjemaah adalah tidak kurang daripada tiga orang, tidak termasuk imam.

Pada 29 April lepas Fuziah Salleh didakwa di mahkamah kerana menaikkan status di laman facebook beliau yang didakwa menyebabkan kegentaran awam yang kemudiannya turut dipadamkan.

Fuziah (tengah) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Johor Bahru , terhadap pertuduhan membuat kenyataan menerusi Facebook yang boleh menyebabkan kegentaran awam, awal bulan ini. – Foto BERNAMA

Status beliau itu adalah berhubung video yang didakwanya berlaku rempuhan di CIQ Johor Bahru yang kemudiannya disahkan polis merupakan sesi latihan kebakaran di CIQ BSI pada Disember tahun lalu. – Buletin TTKM-

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.