Redzuan & Shahruddin adakan sidang media jam 5pm ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Redzuan Md Yusof merangkap ahli parlimen Bersatu Masjid Tanah dijadual mengadakan sidang media pada jam 5 petang di ibu pejabat Bersatu menurut laporan.

Turut menyertai beliau adalah Timbalan Menteri Kerja Raya Shahruddin Md Salleh merangkap ahli parlimen Bersatu Sri Gading.

Sekiranya kedua-dua ahli Dewan rakyat ini menarik sokongan kepada menyokong Perikatan Nasional, ia akan menyebabkan keadaan parlimen tergantung, pertama kali seumpamanya berlaku di Malaysia.

Jumlah kerusi di Dewan Rakyat adalah sebanyak 222 kerusi.

Perikatan Nasional di bawah Muhyiddin Yassin dijangka akan memiliki 111 anggota parlimen, manakala Dr Mahathir Mohamad dibawah Pakatan Harapan dan Warisan juga memiliki jumlah yang sama, 111.

Beberapa minggu lepas, Tun Dr Mahathir mendakwa kerajaan Perikatan Nasional tidak stabil dan boleh tumbang hanya dengan beberapa ahli parlimen menukar sokongan. – Buletin TTKM –

-Buletin TTKM-



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik: