Kenyataan akhbar

Bekas pegawai khas Najib dilantik ketua penerangan BN Selangor.

By Buletin TTKM

May 31, 2020

Oleh : Isham Jalil

Saya telah mendapat maklum melalui satu surat perlantikan bahawa kepimpinan BN Negeri Selangor telah melantik saya sebagai Ketua Penerangan Barisan Nasional Negeri Selangor.

Saya terima lantikan ini dengan hati yang terbuka, ia adalah suatu amanah yang akan saya galas demi perjuangan untuk rakyat dan negara.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pemimpin-pemimpin Barisan Nasional Negeri Selangor kerana telah meletakkan kepercayaan kepada saya untuk memikul tugas ini, terutama kepada Pengerusi Barisan Nasional Negeri Selangor merangkap Ketua Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Tan Sri Noh Omar, Pengerusi MCA dan MIC Negeri Selangor, dan juga Ketua-ketua Bahagian UMNO, MCA dan MIC Selangor serta rakan-rakan seperjuangan di akar umbi dan di UMNO Bahagian Sungai Buloh dan UMNO Cawangan Pekan Sungai Pelong, Paya Jaras ke atas perlantikan ini dan ke atas sokongan dan dorongan kepada saya selama ini.