“Untuk lawan Najib, Pakatan Plus perlu kekal bersama dengan kukuh” – Liew Chin Tong

Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong berkata parti-parti di dalam Pakatan Harapan  perlu kekal bersama dengan kukuh  untuk melawan langkah Najib yang mahukan pilihanraya umum.

Tambahnya lagi, Najib berkeyakinan penuh beliau akan memenangi pilihanraya umum dengan UMNO-PAS, Muafakat Nasional berbanding Perikatan Nasional pimpinan Muhyiddin Yasin.

“Untuk melawan langkah Najib, parti-parti Pakatan Plus perlu kekal bersama dengan kukuh, beri harapan dan tujuan kepada rakyat malaysia pertengahan untuk menggagalkan kepulangan kleptokrat” – Liew Chin Tong.

Kata Liew lagi, puak Najib sedang berharap perpecahan Pakatan Plus dan parti komponennya berpisah kerana beliau percaya Dr Mahathir dan Anwar tidak boleh bersemuka sambil membuat andaian rancangan Najib mungkin akan berjaya sekiranya peratusan keluar mengundi adalah di bawah 65%.

“Puak (Najib) tersebut menganggarkan bahawa terdapat simpati umum terhadap politik, di mana pengundi beralih angin (swing voters) di bandar tetapi membuang undi di kerusi pedalaman tidak akan pulang untuk mengundi. 

Dibelenggu oleh kesulitan dalam perjalanan Covid19 dan keperluan untuk mengurus diri sendiri dan keluarga, puak ini berharap agar rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura dan bandar-bandar lain mungkin akan berhenti dan tidak keluar mengundi. Jumlah keluar pada PRU14 adalah 82 peratus, dan jika yang berikutnya adalah di bawah 65 peratus, rancangan Najib mungkin akan berjaya” – Liew Chin Tong

Selain itu, Liew turut  mendakwa bahawa meskipun Muhyiddin dilihat sebagai tunggak utama dalam PN, Najib turut merupakan dalang di belakang tabir.

“Muhyiddin adalah wajah umum dari pihak lain tetapi kita tidak boleh mengabaikan tangan Najib Razak yang tidak terlalu tersembungi dalam perancangan perkara yang lebih besar. Muhyiddin tidak boleh bermain dalam permainan Najib, dan Najib menunggu peluangnya untuk membuang Muhyiddin..” – Liew Chin Tong

Liew Chin Tong berkata demikian dalam satu tulisannya yang bertajuk “Renewed hope for Pakatan Plus” di blog beliau.

Membalas tulisan Liew Chin Tong itu, Najib Razak secara sini berkata beliau baru tahu  dakwaan Liew itu sedangkan beliau hanya bermain dengan kucing dan aplikasi facebook.

“Rupanya, saya ialah kuasa terbesar dalam negara. Saya sendiri pun tak tahu. Lalu, Liew Chin Tong tuduh saya dalang utama kenapa PH rapuh dan gagal.Saya tak faham kenapa seluruh DAP amat takut pada saya?Apa kaitan saya main kucing dan Fesbuk dengan kegagalan PH?” – Najib Razak.

Najib turut mempersoalkan Liew Ching Tong yang sudah ketakutan walaupun beliau belum lagi memetik jari, seperti di dalam filem fiksyen Avengers.

NAJIB1

Pakatan Harapan tumbang selepas 22 bulan memerintah berikutan parti Bersatu pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Azmin bersama pengikutnya keluar dari pakatan tersebut dan membentuk Perikatan Nasional dengan BN, PAS dan GPS. – Buletin TTKM-

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.